Pages

Follow my Twitter

Thursday 21 February 2013

Ujian Psikologi Mengenal Sahabat



Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai
2- halaman rumah
3-tepi/tengah padang
4-belakang rumah/tepi dapur

Jawap dengan jujur ya

dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu

1- tepi sungai 
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah 
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang 
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

20 Sebab Lelaki Tidak Kahwin



1."Duit lum cukup lagi". 
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga! 

2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". 
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4."Tak datang seru lagi kot".
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5."Banyak sangat halangan".
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6."Belum bersedia la".
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. "Ilmu tak cukup la".
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?oal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11."Jodoh tak sampai lagi kot".
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka".
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15."Dia nie suka pasang ramai org sangat".
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak".
Pompuan memang camtu..

17. "Nak carik yang solehah lah".
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. "Masalah la".
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Ujian Personaliti


Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir


Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.



Jawapan:


(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)


1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubungan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan keharmonian dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.


2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengkehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.



3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.



4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi kepada orang yang rapat dengan anda, rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.



5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.



6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.



7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.



8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.



9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.





Wednesday 20 February 2013

Peringatan kepada wanita


2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Monday 18 February 2013

Mencari Jodoh


Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri. 

Alasan Sukar mencari jodoh
*Jodoh belum sampai 
*Cara tepat memahami Qada' dan Qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab. 
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insha Allah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih 
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak baik dengan insan sekeliling



Kenapa sukar bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta  (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian 
-Restu ibu bapa 
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjaran akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa . 




Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )
*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang

Perspektif tentang jodoh 
Yang salah
Yang betul
Jodoh tak perlu dicari
ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu
Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak
Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab takkan jumpa yang baik
Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal
Banyak beza saling melengkapi
Perlu cinta sebelum kahwin
Ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
Pasangan perlu kerap sms dan berjumpa
Pasangan perlu jaga batasan
Percaya janji kata manis
Sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta datang dengan tanggungjawab




Kategori jodoh:

1) JODOH DARI SYAITAN
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.


Personaliti Berdasarkan Warna Kegemaran



MERAH JAMBU
Seorang yang tegas
Jujur
Suka membantu orang lain
Begitu teliti dalam semua perkara
Tidak suka dibantah
Suka mendesak bagi memenuhi kehendaknya

PERAK
Mendengar kata
Pendengar yang baik
Disenangi orang lain
Mudah putus asa
Merendah diri

JINGGA
Ramah
Jujur
Rajin bekerja
Cengeng
Suka merengek
Cepat mengalah dalam tekanan
Sukar mempunyai rakan karib

PUTIH
Lebih memcerminkan sifat sabar
Suka berjenaka
Bersih fikirannya
Tidak banyak prasangka
Berkata benar
Jujur
Rendah hati
Sopan santun
Ramah
Kuat menerima ilmu
Sentiasa tenteram hatinya
Suka menolong
Hidup bertawakal
Mudah dipujuk jika merajuk
Boros berbelanja

KELABU
Suka merendah diri
Tenang
Suka mengalah
Suka berkorban peranan
Cerdas
Bijak
Seorang yang mendengar kata
Cengeng
Agak pemalas

KOKO
Kaya dengan sifat keibuan
Suka merendah diri
Sopan santun
Halus budi pekerti
Takut berbuat salah
Suka menambah ilmu
Mudah dipujuk
Mempercayai orang lain

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya
Tidak suka diperintah
Berinisiatif
Bijak tetapi agak beremosi
Keinginannya tidak meluap- luap
Kelakar
Rajin tapi sombong

EMAS
Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan
Mempunyai kemampuan semulajadi yang besar
Sabar
Bijaksana
Suka menolong
Gemar menyendiri
Bersikap terlalu tertutup

BIRU
Setia pada pasangan
Pandai menyimpan wang
Kuat kemahuan
Suka berterus terang
Jujur cekap
Memberi maaf
Tegas
Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri
Cintakan kedamaian
Berharap dicintai ketika berada di mana- mana
Bertanggungjawab
Sering membuat orang lain berperasaan terhadap perasaan anda
Bersikap terlalu memaksa orang lain mengikut kehendak anda
Bersifat angkuh kadangkala

HIJAU
Subur
Suka pada kebahagian
Keharmonian
Pencinta kedamaian
Rajin
Jujur bekerja
Tekun
Sabar mengerjakan sesuatu
Sentiasa dahagakan ilmu
Tidak suka bergaduh atau bertekak
Patuh pada pegangan agama
Suka berhias
Teguh pendirian hingga kadangkala seakan- akan kolot

HITAM
Suka menyendiri
Prihatin
Kuat menghadapi dugaan hidup
Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain
Kuat berfikir
Setia pada pasangan
Baik hati tapi cepat tersinggung
Sensitif

KUNING
Berjiwa lembut atau halus
Sentiasa mendapat perhatian
Penuh kasih sayang
Berhemah serta sentiasa ceria
Menyukai ilmu
Gemar membaca
Tekun
Cerdas
Tabah menghadapi cabaran
Positif
Sangat optimis
Senyuman yang luar biasa
Tidak suka didesak
Sangat setia pada pasangan
Sikap terlalu agresif mungkin membuatkan orang lain takut
Anda jadi cengeng dan mudah menyerah

MERAH
Berani
Jujur
Berdisplin
Emosional
Tegas
Tamak
Tahan melarat
Suka bersenang- senang
Sangat aktif
Disenangi
Sifat terbuka
Senang menjadi pusat perhatian orang lain
Kadangkala ingin mencuba segala- galanya
Suka tersenyum
Suka memberi dan menerima kasih sayang orang lain
Perasaan pendendam yang tinggi
Mudah tersinggung

Rahsia tahi lalat


Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bahagian Badan & Firasat

Bibir atas kanan
Banyak rezeki, pandai

Bibir atas kiri
Ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan
Disegani orang, ramai yg suka

Bibir bawah kiri
Pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan
Cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri
Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher di tengah
Tercapai cita-cita

Biji mata kanan
Suka serong dan pembohong

Biji mata kiri
Pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan
Baik hati, sopan santun, cerdas

Hujung mata kiri
Baik budi, murah rezeki

Punggung kanan
Agak mengalami kesulitan

Punggung kiri
Malas dan suka duduk

Betis kanan
Suka berhibur, boros

Betis kiri
Rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan
Bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

Lutut kiri
Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan
Terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri
Sering menemui kesusahan

Kepala sebelah belakang
Jujur, sabar dan tekun

Kening kanan
Cerdas dan cekap

Kening kiri
Cerdas, sopan santun

Tengah kening
Keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan
Kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri
Suka berpoya-poya

Ketiak kanan
Dapat menyimpan rahsia

Ketiak kiri
Jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan
Suka berpergian (keluar rumah)

Pergelangan kaki kiri
Kehendak kuat

Batang hidung
Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Pada hidung
Banyak rezeki

Dagu bawah kanan
Jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri
Bijak sana dan berbudi luhur

Kemaluan kanan atau kiri
Baik, suka senggama

Di kepala kemaluan (lelaki)
Bakal beristeri 2

Tumit kanan
Jujur dan banyak kawan

Tumit kiri
Baik budi

Alis kanan
Suka menolong, baik hati

Alis kiri
Ramai yang suka

Pangkal peha kanan
Kemahuan kuat

Pangkal peha kiri
Suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan
Tak mudah mengeluh

Jari kaki kanan
Suka menolong

Jari kaki kiri
Berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan
Cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

Bahu kiri
Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Buah dada kanan
Baik hati, pendiam,simpan rahsia

Buah dada kiri
Ramai kawan, setia pada pasangan

Lengan kanan
Setia dan taat pada atasan

Lengan kiri
Menepati janji dan rajin

Pipi kanan
Ramai teman

Tengah-tengah pipi kanan
Ramai yg suka

Tengah-tengah pipi kiri
Ramai teman

Ubun-ubun
Kurang jujur

Pusat
Cerdas, tangkas, tekun

Pusat bahagian kanan
Sejahtera dalam hidup

Pusat bahagian kiri
Beroleh kemliaan

Pinggang kanan
Sayang pada pasangan hidup

Pinggang kiri
Disayang pasangan hidup

Dada kanan
Dapat mengatasi masalah

Dada kiri
Berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan
Tidak mudah mengeluh

Telapak kaki kiri
Baik budi pekertinya

Siku tangan kanan
Kuat ingin memiliki kekayaan

Siku tangan kiri
Baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan
Serba beroleh keuntungan

Jari tangan kiri
Serba baik bekerja

Jari telapak tangan kanan
Banyak rezeki tapi boros

Jari telapak tangan kiri
Banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan
Banyak rezeki, suka memberi maaf

Perut bawah kiri
Baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam
Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam
Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar
Baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri
Murah rezeki, dpt jadi kaya

Pelipis kanan
Serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas
Baik hati, ramah, berjaya

Kelopak mata kiri atas
Baik budi, ramai yg suka

Kelopak mata kanan bawah
Agak malas

Kelopak mata kiri bawah
Agak bodoh, kurang bijaksana

Sunday 17 February 2013

Rahsia Diri Melalui Zodiak


CAPRICON -Yang Posesif (21 Disember hingga 19 Januari)
Ciri Positif:
Berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

AQUARIUS - Yang Rasional (20 Januari hingga 18 Februari)

Ciri Positif:
Berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.

Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi:
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.


PISCES - Yang Sensitif (19 Febuari hingga 20 Mac)

Ciri Positif:
Berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah – diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

ARIES - Yang Penuh Daya Tarikan (21 Mac hingga 20 April)
Ciri Positif:
Berlambang Biri-biri jantan. Dengan yang demikian, anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan, ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan, agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.

TAURUS - Yang Setia (21 April hingga 20 Mei)
Ciri Positif:
Berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan.

Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun, ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan, terlalu mengongkong, keras hati, suka menurut rasa hati dan buntu fikiran.

Kualiti Astrologi:
Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO dan SCORPIO.

GEMINI - Yang Bebas (21 Mei hingga 20 Jun)
Ciri Positif:
Berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak–anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura–pura.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.

CANCER - Yang Hangat (21 Jun hingga 20 Julai)
Ciri Positif:
Berlambang Ketam. Dengan yang demikian, Cancer sukakan rumah tangga, keluarga, kesihatan, makanan, ada rasa simpati, memberi perlindungan, agak sensitif, punya kesabaran, kejujuran, dan kepintaran.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak-anakan, berbolak–balik, berpuak–puak, tidak selamat, terlalu bertahan dan takut pada perpisahan.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.

LEO - Yang Dapat Dipercayai (21 Julai hingga 21 Ogos)
Ciri Positif:
Berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta, mesra, bersifat pemurah, ada daya kepimpinan, menonjolkan kemegahan, sentiasa hidup, menonjolkan keagungan, keberanian, keupayaan, rapat dengan anak–anak, berbakat dan suka pada hiburan.

Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun, ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego, banyak cakap, memperlihatkan sifat ketuanan, menunjuk–nunjuk, mengejar kemewahan, dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.

Kualiti Astrologi:
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.

VIRGO - Yang Serius (22 Ogos hingga 22 September)
Ciri Positif:
Berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITARIUS.

LIBRA - Yang Bijak (23 September hingga 22 Oktober)
Ciri Positif:
berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian, orang yang berzodiak Libra biasanya berciri–ciri harmoni, seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan, mengutamakan kesamarataan, pakatan, diplomasi, berseni, suka membantu, sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN.

SCORPIO - Yang Rasional (23 Oktober hingga 22 November)
Ciri Positif:
Berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka ‘membinasakan diri’, melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi:
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.

SAGITTARIUS - Yang Berwawasan (23 November hingga 20 Disember)
Ciri Positif:
Berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.