Pages

Follow my Twitter

Thursday 2 May 2013

40 Fakta Menarik Tentang Lelaki

40 Fakta Menarik Tentang Lelaki yang Wanita Perlu Tahu



1.Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2.Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3.Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4.Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5.Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6.Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7.Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8.Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9.Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10.Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11.Lelaki juga akan menangis.

12.Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13.Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14.Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15.Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16.Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17.Lelaki amat sayang ibu mereka.

18.Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19.Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20.Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21.Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22.Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23.Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24.Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25.Lelaki lebih banyak berfikir.

26.Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27.Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28.Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29.Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30.Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31.Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32.Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33.Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34.Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35.Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36.Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.



38. Lelaki tidak suka wanita yang berkira.

39. Lelaki suka kepada wanita yang berdikari.

40. Seseorang lelaki jika sayang pada seseorang wanita, mereka akan perlakukan wanita itu seperti seorang isteri bukan seseorang kekasih.

Koleksi Doa-doa Harian


1. Doa Sebelum Tidur



2. Doa Bangun Tidur



3. Doa Sebelum Makan



4. Doa Selepas Makan


5. Doa Sebelum Masuk Tandas


6. Doa Selepas Keluar Tandas


7. Doa Sebelum Menaiki Kenderaan


8. Doa Penerang Hati


9. Doa Ketika Terjadi Kilat Dan Petir


10. Doa Kepada Pengantin


11. Doa Apabila Menghadapi Tekanan


12. Doa Selamat Dunia Dan Akhirat


13. Doa Memakai Pakaian


14. Doa Ketika Masuk/Keluar Rumah


15. Doa Memulakan Perjalanan


16. Doa Masuk Masjid


17. Doa Keluar Masjid


18. Doa Permulaan Wuduk


19. Doa Selepas Wuduk


20. Doa Lailatur Qadar


21. Doa Ramadhan Hari Pertama


22. Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga


23. Doa Menghilangkan Marah


24. Doa Mudah Faham Dan Mudah Hafal


25. Doa Perlindungan Untuk Anak-anak


26. Doa Melihat Wajah Di Cermin


27. Doa Membuka Pakaian



28. Doa Ketika Memakai Pakaian


29. Doa Selepas Azan


30. Doa Murah Rezeki


31. Doa Selamat




32. Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan



33. Doa ketika sedih dan menerima dugaan




Ciri-ciri wanita idaman lelaki


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.
6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.
7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.
8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.
9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawah ini:
  •  Bersopan satun
  • Sentiasa memaniskan wajah
  • Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
  • Menutup aurat 
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri