Pages

Follow my Twitter

Saturday 2 August 2014

Kerja Swasta atau Kerajaan?

Anda keliru untuk memilih kerjaya yang anda ingin atau mengikut kehendak keluarga? Sebelum anda memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri anda, seharusnya anda perlu menilai beberapa faktor pemilihan kerjaya anda. Antaranya adalah:

1. Kelulusan
     Swasta
     Selalunya kerja swasta tidak kira persendirian mahupun perkongsian syarikat memerlukan kelulusan yang tinggi terutamanya kerjaya yang di anggap 'high class' bagi sesetengah pihak. Jika anda mempunyai kelulusan tertinggi seperti ijazah sarjana muda, persaingan adalah sangat sengit terutama lepasan IPTS yang rata-ratanya lebih mahir dan fasih dalam berbahasa inggeris. Namun begitu, saya tidak pula merendahkan pelajar lepasan IPTA. Kita perlu terima hakikat bahawa kebanyakkan syarikat penswastaan adalah milik non-bumi. Jika anda ada degree dalam bidang tertentu, sebagai contoh, Degree in Human Resource, anda boleh memohon kerja sebagai Eksekutif. Tetapi jika anda hanya ada SPM, sebagai permulaan anda mungkin layak memohon kerja sebagai Kerani.

     Kerajaan

     Berlainan pula dengan kerajaan, sebagaimana di peruntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), anda hanya boleh memohon jawatan mengikut tangga kerja atau kelayakan. Contohnya, sesetengah Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan, memerlukan pekerja yang mempunyai taraf kelayakan yang berkaitan seperti Pegawai Penilaian Gred 41, memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hartanah. Begitu juga SPM, anda boleh memohon jawatan seperti Pembantu Tadbir N17 mengikut kelulusan SPM anda. Kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 ini sangat mendapat sambutan bagi semua pemohon kerja. Kelayakan yang di perlukan hanya kredit BM, BI dan Matematik serta Lulus dalam ujian lisan.

2. Pengalaman

     Swasta
     Di syarikat penswastaan, pengalaman adalah satu kemestian yang di perlukan dalam memenuhi tuntutan kerjaya masa kini. Pengalaman yang di perlukan adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sehingga tiga tahun dalam bidang yang berkaitan/sama. Contohnya, General Clerk-Motor Claims di sebuah syarikat insurans yang mengendalikan tuntutan motor, calon yang berpengalaman bekerja dalam syarikat insurans akan di utamakan oleh mereka. Ini kerana, majikan dapat menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga mereka daripada melatih pekerja baru.


     Kerajaan

    Pengalaman bukanlah keutamaan jika calon mahu berkhidmat dengan kerajaan kerana sesiapa sahaja boleh memohon kerja jika calon memenuhi kelulusan dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh majikan. Pengalaman diperlukan hanya bagi kakitangan yang ingin naik pangkat atau gred perjawatan yang lebih tinggi dan memenuhi kelayakan, lulus peperiksaan dan mencapai standard KPI.

3. Pendapatan

     Swasta
     Jika duit adalah keutaman anda, swasta adalah pilihan yang baik kerana anda boleh dirunding untuk gaji yang lebih tinggi setaraf dengan pengalaman dan kelayakan anda. Tapi perlu ingat, gaji yang tinggi mempunyai tanggungjawab yang tinggi juga. Anda mungkin perlu bekerja lebih masa jika diperlukan oleh majikan. Bagi calon yang baru memulakan kerjaya, basic gaji anda tentulah yang lebih rendah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM900 sahaja bagi calon SPM. Bagi calon Diploma basic adalah sebanyak RM1,500 dan Degree sebanyak RM1,800. Semasa temuduga, jangan segan silu untuk bertanya mengenai faedah yang akan diberikan contohnya, caruman KWSP, PERKESO, bonus dan medical coverage. Segelintir syarikat swasta kecil tidak menyediakan perlindungan untuk pekerjanya. Tidak guna juga kalau gaji besar tapi tiada insentif daripada majikan. Sesetengah pihak swasta menyediakan insentif bonus sehingga setengah tahun gaji mengikut budi bicara majikan tersebut.

  
    Kerajaan
     Bagi calon yang telah mendapat tawaran dalam perkhidmatan kerajaan perlu di ingatkan bahawa, gaji permulaan anda adalah mengikut tangga gaji perjawatan yang telah di tetapkan oleh JPA. Anda tidak boleh membuat rundingan gaji seperti pihak swasta. Bekerja dengan pihak kerajaan untungnya di sini, pekerja mendapat pencen setelah bersara kelak jika berkhidmat melebihi 25 tahun keatas. Bonus yang di terima tidak lah sebanyak pihak swasta. Sekurang-kurangnya setengah bulan gaji. Anda boleh menyemak insentif lain dengan majikan anda.



4. Minat
    Bagi sesetengah pihak, mereka tidak kisah dalam mencari pekerjaan kerana mereka boleh bekerja keras asalkan mempunyai pendapatan tetap. Ada pula yang bercita-cita tinggi untuk bekerja dari bawah dan ingin memegang jawatan yang tinggi kelak. Walauapapun alasan anda, perlu di ingatkan, minat adalah fokus utama dalam bekerjaya. Jika tiada minat, kemungkinan kerja yang anda lakukan adalah tidak ikhlas, anda akan merasa bosan dan stress dengan kerjaya anda.


5. Lokasi
     Calon perempuan, tiada kenderaan sendiri, berumah tangga dan kos tinggi merupakan alasan yang selalu di berikan oleh calon. Cubalah mencari tempat kerja yang mempunyai akses kepada kemudahan awam. Tidak mengapa untuk berkorban seketika dalam mencari rezeki. Jika tempat kerja jauh dari rumah, cari inisiatif lain untuk ke tempat kerja contohnya, membeli motorsikal, menyewa berdekatan dan keluar awal ke tempat kerja.


6. Jawatan

    Jika anda mahukan kerjaya yang lebih baik, seperti bekerja 5 hari seminggu, 9 jam sehari, percayalah tidak semudah itu. Anda perlu melalui pengalaman yang pahit dahulu sebelum mendapat kerjaya yang anda inginkan. Bekerjalah walauapapun jawatan yang anda dapat sebelum anda mempunyai pekerjaan yang tetap yang boleh menjamin masa depan anda dan keluarga.


7. Diri kendiri
     Bersiap sedialah anda sebelum anda menghadirir temuduga. Persiapkanlah diri anda selengkapnya dari segi mental dan fizikal. Berpakaian kemas bukan sahaja melambangkan diri anda tetapi kelakuan anda juga di nilai. Pekerja yang berdisplin, rajin, ekstrovert, teliti, cepat dan cermat adalah di sayangi majikan. Bekerjalah secara jujur dan amanah dan jauhilah dari unsur-unsur rasuah. Nescaya, hati anda akan tenang dalam melakukan kerja.


8. Restu
     Sesungguhnya restu daripada keluarga sangat penting, terutamanya ibubapa kita. Jika ibubapa tidak menyukai pekerjaan kita, cubalah yakinkan keluarga anda mengenai kerjaya anda jika kerjaya anda ceburi memenuhi minat anda. Jika tidak, cubalah bersabar dalam mencari pekerjaan lain yang anda inginkan.


9. Pengurusan
    Cuba kaji selok belok sesuatu syarikat tersebut sebelum anda menerima kerja tersebut. Cuba elakkan diri anda daripada di tipu. Jika anda merasakan diri anda di tipu oleh majikan, pergilah membuat laporan ke saluran yang betul.


10. Masa hadapan
      Tidak kira anda sudah berumah tangga atau belum, masih belajar atau sudah menamatkan pelajaran, tentukan masa hadapan anda sebagai pekerja supaya masa depan anda dan keluarga terjamin. Carilah pekerjaan yang mampu memberi rezeki yang halal untuk anda. Selamat berjaya dan jangan putus harapan!