LASIK adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang
membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan
astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan
dekat dan jauh).
Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini
mengambil masa kira-kira 15 minit saja. Sehingga kini, berjuta-juta orang
mendapat faedah daripada pembedahan LASIK yang bukan saja membebaskan mereka
daripada belenggu kaca mata, bahkan dapat memperbaiki penampilan yang secara
tidak langsung meningkatkan keyakinan.
Walaupun menggunakan laser, LASIK adalah pembedahan yang selamat. Mata
seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata (menggunakan
tonometer), kelengkungan kornea (alat: keratometer) dan ketebalan kornea (alat:
pacimeter) bagi memastikan anda layak menjalani pembedahan ini.
Secara ringkasnya, pembedahan ini dilakukan dalam keadaan pesakit sedar.
Alat pemegang kelopak mata (spekulum) diletakkan di atas mata bagi memastikan
mata sentiasa terbuka dan mengelak anda mengelip.
Satu gelang khas dimasukkan supaya menstabilkan kornea dan menyediakan
mata untuk pembedahan. Dalam pembedahan ini bentuk kornea dibetulkan supaya
penglihatan pesakit menjadi lebih jelas.
Menurut Ketua Pembedahan Kornea dan Refraktif Pusat pakar Mata
Antarabangsa (ISEC), Dr Michae Law, oleh kerana pembedahan LASIK dilakukan
dalam keadaan pesakit sedar, mata pesakit akan bergerak (berputar). Putaran
antara tiga hingga 19 darjah (had maksimum) akan menjejaskan hasil pembedahan,
terutama bagi pesakit yang mempunyai masalah rabun jauh dan astigmatisme teruk.
Katanya, putaran mata ketika pembedahan boleh mengurangkan jangkaan
hasil pembedahan pada pesakit melalui teknologi kawalan pengesanan mata yang
canggih. Ini adalah teknologi yang boleh mengesan putaran bebola mata secara
aktif ketika pembedahan dijalankan.
“Kaedah ini membolehkan doktor mengawal pergerakan mata pada semua arah.
Pengesanan ini memberi hasil pembedahan lebih tepat dan selamat kerana
pergerakan anak mata dipantau dan doktor boleh menghalakan sinaran laser secara
tepat di bahagian kornea yang dikehendaki. Malah, rawatan boleh dihentikan
serta merta jika mata berputar melebihi had ditetapkan.
“Jika dulu, tanpa kaedah moden ini, doktor biasanya tidak menggalakkan
pesakit yang alami masalah rabun jauh dan astigmatisme tinggi untuk jalani
pembedahan,” katanya ketika pelancaran teknologi Kawalan Pengesanan Mata
Lanjutan Zyopix (ACE).
Sebelum ada teknologi ACE, peralatan yang digunakan hanya boleh mengesan
pergerakan bebola mata yang menegak atau melintang. Jadi hasil pembedahan tidak
sebaik jika dibandingkan dengan teknologi pengesanan ACE.
Siapa yang sesuai menjalani LASIK:
· Malah, bagi individu yang memakai
kanta lekap, mereka dinasihatkan tidak memakainya buat sementara sebelum
menjalani pembedahan kerana kanta lekap boleh mengubah bentuk kornea.
Pada masa sama, elak memakai mekap mata sebelum dan pada hari pembedahan
kerana ia boleh mengganggu rawatan dan meningkatkan risiko jangkitan.
Kesan sampingan yang sering dilaporkan (akan hilang selepas tempoh
tertentu)
· Mata kering
· Silau
· Punca cahaya (contohnya lampu)
kelihatan berbaur
· Penglihatan pada waktu malam agak kabur
· Sensitif pada cahaya“Selepas
pembedahan, mata pesakit berasa tidak selesa (sama ada panas, gatal atau
seolah-olah ada sesuatu di dalam mata) selama beberapa jam. Untuk mengelak
jangkitan atau keradangan, doktor akan memberi cecair titis untuk digunakan
setiap hari selama beberapa hari.
“Malah, anda juga mungkin diberi pelindung mata untuk dipakai ketika
tidur bagi beberapa hari selepas pembedahan. Ia bertujuan mengelak anda
menggosok mata secara tidak sengaja,” katanya.
Sejurus selepas pembedahan, penglihatan masih kabur dan semakin baik
keesokan harinya. Pesakit dikehendaki datang semula untuk pemeriksaan susulan
dan ramai berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas pelindung mata
ditanggalkan.
Untuk beberapa hari pertama, pesakit dinasihatkan memakai kaca mata
hitam bagi mengelak masalah sensitif pada cahaya.
Pesakit tidak dibenarkan berenang, berendam dalam mandian panas atau di
jakuzi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu. Anda juga tidak digalakkan
memandu sehingga pandangan benar-benar terang.
No comments:
Post a Comment