SIFAT ANAK SULUNG
Anak
sulung menempati posisi istimewa dalam sebuah keluarga. Kelahiran anak sulung
selalu ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan, begitu pun bagi ahli keluarga yang
lain. Keistimewaan posisinya membuat sifat anak sulung cukup unik.
Pelbagai pendapat, begitupun
dengan kasih sayang orang tuanya yang tercurah tanpa terbagi pada siapapun
sebelum lahir adik-adiknya. Anak sulung akan mendapatkan apa yang dia inginkan
dengan mudah, namun kenyataannya, mereka juga memiliki beban cukup berat.
Orangtua biasanya menaruh harapan dan tanggungjawab besar pada si sulung.
Anak sulung memang senang
untuk mengawal dan mengendalikan sesuatu. Terdapat dua jenis anak sulung yang
umum diketahui. Jenis anak sulung pertama akan mengawal dan mengendalikan
dengan gaya mengasuh yang lemah lembut. Sedangkan jenis anak sulung kedua lebih
pada penggerak yang agresif dan cenderung memaksa orang di sekitarnya.
Berikut ini beberapa sifat anak sulung pada umumnya:
§ Berjiwa
pemimpin
§ Selalu
berusaha menyenangkan orang lain, khususnya ayah-ibu.
§ Bercita-cita
tinggi dan boleh menyusun impian sampai mencapainya
§ Suka
memilih
§ Teratur
dan kompeten
§ Rasa
yakin akan mengerjakan sesuatunya dengan benar.
§ Bertanggungjawab
§ Menepati
waktu
§ Emosional
§ Tidak
terlalu menyukai kejutan dan ingin selalu memegang kendali
§ Kurang
sensitif
§ Sulit
menerima kata ¨tidak¨
§ Ketika
merasa ditolak, protesnya dalam bentuk melanggar peraturan
Anak sulung memang usianya
paling tua di antara anak lainnya, namun bukan bererti Anda harus memberikan
tanggung jawab terlalu besar padanya. Perlakukan semua anak dengan adil dan
pahami jika mereka memiliki keistimewaan masing-masing. Dalami sifat anak sulung, tengah
dan anak Anda lainnya agar bisa memahami serta mengasuhnya dengan cara yang
tepat.
Anak kedua pula adalah anak yang
unik. Anak kedua adalah penyedia masalah kepada anak pertama. Anak kedua tidak
merasai kedudukan berkuasa penuh seperti yang dirasai oleh anak pertama.
Kelahiran anak kedua juga mengubah sikap dan pandangan ibu bapa. Anak kedua
biasanya kurang diberi tumpuan. Sikap dan tingkah laku anak kedua juga tidak
menimbulkan perasaan cemas kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih bersahaja dalam
menangani kerenah anak kedua.
Sejak lahir, anak kedua mempunyai
tempat rujukan mereka sendiri, iaitu anak pertama. Anak kedua tidak keseorangan
dalam segala hal. Tingkah laku anak pertama akan menjadi contoh, sumber
inspirasi atau ancaman kepada anak kedua. Perkembangan anak pertama memberi
kesan yang besar dan banyak membantu di dalam perkembangan anak kedua. Anak
kedua sering menaruh harapan bukan sahaja ingin menyamai anak pertama, malah
lebih berjaya daripada anak pertama. Harapan yang tertanam ini merangsang
perkembangan bahasa dan kemahiran fizikal anak kedua.
Berikut ini beberapa sifat anak ke dua pada umumnya:
·
Berdikari
·
Diplomatik
·
Agresif
·
Suka bersaing
·
Suka keseronokan
·
Suka berkawan
·
Boleh dipercayai
·
Boleh Diharap
·
Suka memberontak
·
Kurang sabar
·
Pemalu
Personaliti : Tanah, Air, Api atau Angin?
Tanah – Anak pertama, kelima
dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan
kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh
dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan
dan kedua belas
|
Tanah
Individu
yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan
tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun
sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri
kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu
dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan
bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan
setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan
sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa
kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain
kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki
kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Air
Sesuai
dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai
individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata.
Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam
katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk
membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki
sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah
mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!
Api
Individu
yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat
bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia
juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya
sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana
individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan
peka dengan keadaan sekeliling.
Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara
adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling.
Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua
mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan
membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk
dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur
ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih
menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang
menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.
berguna maklumat ini...
ReplyDeletesalam perkenalan :)
Hoh... tak sama lansung..
ReplyDeleteHaha..kalu angin 2 sy stuju...nak2 yg cepat bosan...xpenah nk lekat...
ReplyDeleteBia pom sy perempuan...hahahah...nice ....
haha caye anak ke tigeeee!hihihi=)
ReplyDeleteBetul sgt2 pasal angin tu..mmg kerap berubah
ReplyDelete