
Dataran Merdeka
Tempat berkumpul kelab-kelab kereta/motor waktu malam lah. Tapi tengok mood DBKL kalau diaorang nak halau lah. Memang best kalau jadi port berkumpul, atau nak berdating.
Tempat yang sangat best kalau nk berjogging sebab luas dan banyak kemudahan untuk bersukan. Nak picnic pun boleh kat sini tapi jagalah kebersihan. Aku lak suka cuci mata...hahaha..
Taman Suria KLCCTaman Suria KLCC ni sama je macam taman yang lain cuma nya ada tempat mandi khas untuk kanak-kanak sahaja. Kalau yang pergi KLCC, jangan lupa berposing depan KLCC...hehehe..
Dataran Masjid Putrajaya
Berhadapan dengan Masjid Putrajaya Persint 2, selalunya ramai juga lak yang akan ke sini bagi tujuan sama ada nak melawat atau melepak di hujung minggu.
Taman Tasik Ampang Hilir
Taman tasik bersebelahan dengan MRR2 menghala ke Zoo Negara terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk sesuai kepada orang ramai yang inginkan aktiviti riadah seperti bersenam tapi tak sesuai untuk kanak bermain di taman permainan sebab dekat sangat dengan tasik. Kepada ibubapa jagalah anak-anak anda baik-baik.Taman Tasik Metropolitan Kepong
Tasik yang sangat luas sesuai untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, berjogging, futsal, berkasut roda, main layang-layang dan ada permainan kanak-kanak. Mengah juga la kalau pertama kali berjogging keliling tasik tu sebab kawasannya berbukit.Area Perak
Sangat cantik permandangan taman ni. Sesuai kalau nak beriadah bersama seisi keluarga, berdating, photo outing.
Kellie Castle, Ipoh
Best melepak malam-malam tapi banyak pula mat bangla kat sini. Aku beli makanan kat pasar malam, then makan kat depan Menara Condong ni sambil cuci mata..hahaha...
Area Melaka
Zoo Melaka
Zoo yang biasa sahaja, banyak haiwan darat seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Tapi aku suka pergi tasiknya, cantik permandangannya. Kalau tengok haiwan lak, aku suka tengok Bob Cat, comel sangat. Parking berbayar RM5 sahaja pada hari Sabtu dan Ahad.
Masa Lawatan
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari
Harga Pakej
|
Harga
|
Kategori
|
RM 8.00
|
RM10.00
|
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)
|
RM 2.00
|
RM 4.00
|
Kanak-kanak ( 5 tahun hingga 12 Tahun)
|
RM 5.00
|
Pelajar Sekolah ( Beruniform)
| |
RM 10.00
|
RM 10.00
|
Kamera Video
|
| RM 4.00 | Warga Emas |
Bandar Hilir
Menara Taming Sari
Family Duck Tour


No comments:
Post a Comment