Ujian ini di reka bagi menunjukkan sama ada otak kita bersifat maskulin ataupun feminin. Tiada jawapan yang betul atau salah. Keputusannya mampu menunjukkan sama ada anda memiliki hormon kelakian atau pun tidak ketika kita berada dalam enam atau lapan minggu di dalam kandungan. Ia di gambarkan melalui nilai, pelakuan stail, orientasi dan pilihan kita sendiri.
Bulatkan kenyataan yang
banyak berkaitan dengan diri kita sendiri.
1. Apabila perlu membaca
peta ataupun mencari arah jalan, kita:
a.
Berasa sukar dan selalunya meminta pertolongan.
b.
Memusingkan peta supaya menghadap arah yang kita mahu pergi.
c.
Tidak menghadapi sebarang kesukaran membaca peta ataupun mencari arah jalan.
2. Kita sedang memasak
resepi yang sukar dengan radio terpasang. Kemudian rakan kita menelefon.
Adakah kita:
a.
Membiarkan sahaja radio terpasang dan memasak sambil bercakap di telefon.
b.
Menutup radio, bercakap sambil memasak.
c.
Memberitahu rakan yang kita akan menelefonnya kembali selepas selesai memasak.
3. Rakan-rakan kita mahu
menziarahi dan bertanyakan arah ke rumah baru kita. Adakah kita:
a. Melukiskan
peta dengan arah yang jelas dan menghantar kepadanya. Mungkin juga kita
mendapatkan orang bagi menerangkan kepadanya jalan ke rumah kita.
b. Tanya
mereka apa-apa mercu tanda yang mereka tahu dan terangkan kepadanya jalan ke
rumah kita.
c. Terangkan
sendiri kepada mereka bagaimana ke rumah kita. Sebagai contoh, "Ambil
simpang ke Kota Bharu, keluar dari lebuh raya, belok ke kiri dan terus
sehingga lampu isyarat yang kedua...."
4. Apabila menerangkan
idea ataupun konsep, kita selalunya:
a. Menggunakkan
pensil, kertas dan pergerakan bahasa badan.
b. Menerangkannya
secara lisan menggunakan bahasa badan dan pergerakkan.
c. Menerangkannya
secara lisan dengan terang dan ringkas.
5. Sekembalinya kita
daripada menonton filemyang hebat, kita lebih gemar:
a. Menggambarkan
babak dalam filem itu adalah kita.
b. Bercerita
perihal babak daripada filem itu dan dialognya.
c. Menyebut semula
kebanyakkan dialog daripada filem itu.
6. Di dalam panggung
wayang, kita lebih gemar duduk:
a. Disebelah
kanan.
b. Tidak
kira di mana sahaja.
c. Di
sebelah kiri
7. Rakan kita mempunyai
barangan mekanikal yang tidak berfungsi. Anda:
a.
Bersimpati dan membincangkan perihalnya
b.
Mengesyorkan supaya orang yang dapat di harap membaiki barang itu.
c. Cuba
memahami bagaimana barang itu berfungsi dan cuba membaiki barang itu.
8. Kita berada di kawasan
yang kita tidak berapa biasa dan ada orang bertanyakan arah utara. Kita:
a. Berterus
terang menyatakan yang kita tidak tahu.
b. Mengagak
arahnya selepas berfikir sejenak
c.
Menunjukkan arah utara tanpa sebarang kesukaran.
9. Kita nampak tempat
parkir kereta tetapi ia agak sempit. Kita perlu mengundurkan kereta
bagi mengambil tempat itu. Kita:
a. Cuba
mencari tempat lain.
b.
Berhati-hati memarkir kereta kita di situ.
c.
Mengundurkan kereta kita dan parkir ke situ tanpa masalah.
10. Kita sedang menonton
televisyen lalu telefo berbunyi. Kita:
a. Jawab panggilan
itu dengan televisyen terbuka.
b. Perlahankan
bunyi televisyen dan jawab panggilan.
c. Tutup
televisyen, suruh semua orang diam dan menjawab panggilan.
11. Kita baru sahaj
mendengar lagu baru yang di nyanyikan artis pujaan kita. Selalunya kita:
a. Dapat
menyanyikan sebahagian kecil daripada lagu itu tanpa masalah.
b. Dapat
menyanyikan sebahagian kecil selepas itu sekiranya lagu itu mudah.
c. Sukar
mengingati melodinya tetapi mungkin dapat mengingati liriknya.
12. Cara terbaik
mengagak keputusan adalah dengan:
a. Menggunkan
gerak hati.
b. Berdasarkan
informasi yang ada dan keteguhan hati.
c. Menggunakan
fakta, statistik dan data.
13. Kita tersalah letak
kunci. Adakan kita:
a. Melakukan
perkara lain sehingga teringat semula di mana kita meletakkannya.
b. Melakukan
perkara lain tetapi cuba mengingati di mana kita meletakkan kunci itu.
c. Cuba
mengingatinya dengan menyusuri semula perkarayang kita lakukan sebelum itu
sehingga kita terjumpa kunci tersebut.
14. Kita sedang berada di
dalam bilik hotel dan terdengar bunyi siren dari jauh. Kita:
a. Tidak
dapat mengenal pasti dari mana arah bunyi itu datang.
b. Mungkin
dapat mengagak dari mana datangnya bunyi itu apabila kita memberi tumpuan.
c. Dapat
terus menunjukkan dari mana bunyi itu datang.
15. Kita menghadiri
majlis sosial dan di perkenalkan kepada tujuh ke lapan orang tetamu. Keesokan
harinya kita:
a. Dengan
mudah dapat menggambarkan semula wajah mereka.
b. Dapat
mengingati beberapa wajah.
c. Mungkin
lebih mudah mengingati nama mereka.
16. Kita mahu pergi
bercuti di pinggir desa tetapi pasangan kita mahu bercuti di tepi pantai.
Bagi menyakinkan keluarga yang idea kita lebih baik, kita:
a. Lemah
lembut memujuk dengan menyatakan kita suka akan suasana desa. Anak-anak dan
keluarga pasti merasa seronok di situ.
b.
Memberitahu mereka yang kita berasa bertuah dapat bercuti di desa dan berasa
gembira apabila dapat ke pantai pula pada masa lain.
c. Gunakan
fakta dengan menyatakan bercuti di desa lebih dekat, lebih murah dan lebih
teratur bagi aktiviti sukan dan rekreasi.
17. Ketika merancang
aktiviti harian, kiata selalunya:
a.
Menyediakan senarai supaya dapat menyemak apa yang perlu di lakukan.
b.
Memikirkan perkara yang perlu di lakuka.
c.
Menggambarkan dalam minda orang yang kita temui, tempat yang kita
lawati dan perkara yang kita lakukan.
18. Rakan kita menghadapi
masalah peribadi dan datang bertemu bagi membincangkannya. Kita:
a. Berasa
simpati dan memahami.
b. Berkata
yang masalah selalunya tidaklah seteruk yang disangka dan menerangkan
kepadanya alasannya.
c.
Memberikan cadangan ataupun kata nasihat yang rasional dalam menyelesaikan
masalah.
19. Dua orang rakan kita
yang sudah berkahwin menjalinkan hubungan sulit. Mungkinkah kita dapat
mengagak?
a. Kita dapt
menghidunya dari awal.
b. Kita tahu
selepas sedikit masa.
c. Kita
tidak tahu.
20. Kita melihat hidup
kita:
a. Mempunyai
kawan dan hidup hermoni bersama orang sekeliling.
b. Berbuat
baik dengan yang lain dan mengekalkan sifat berdikari.
c. Mencapai
matlamat yang berbaloi, di hormati orang lain dan mendapat peghormatan serta
pencapaian.
21. Apabila di beri
pilihan, kita memilih bekerja:
a.
Dalam kumpulan yang mana ahlinya dapat bekerja dengan kita.
b.
Bersama yang lain tetapi mengekalkan ruang untuk diri sendiri.
c.
Bersendirian.
22. Buku pilihan kita:
a.
Novel dan fiksyen.
b.
Majalah dan akhbar.
c.
Bukan fiksyen dan autobiografi.
23. Apabila
membeli-belah, kita:
a.
Selalu membeli secara impulsif terutama yang mempunyai tawaran harga istimewa.
b.
Mempunyai perancangan yang tidak khusus dan membelui mengikut keadaan.
c.
Melihat label dan membandingkan harga.
24. Kita lebih gemar
tidur, bangun dan makan:
a.
Pada bila-bila masa yang kita suka.
b.
Mengikut masa khusus tetapi fleksibel.
c.
Hampir pada masa yang sama setiap hari.
25. Kita memerlukan kerja
baru dan berjumpa dengan ramai orang dan pekerja baru. Salah seorang daripada
mereka menelefon kita di rumah. Kita:
a.
Dengan mudah mengenali suaranya.
b.
Mengenali selepas seketika.
c.
Menghadapi kesukaran mengenali suaranya.
26. Apa yang benar-benar
membuatkan kita berasa kecewa apabila bergaduh dengan orang lain?
a.
Sikap berdiam diri mereka ataupun apabila tiada tindak balas.
b.
Apabila mereka tidak dapat menerima pandangan kita.
c.
Komen dan soalan mereka yang bagaikan menyiasat dan mencabar kita.
27. Apakah pandangan anda
perihal ujian mengeja dan karangan yang pernahanda lalui:
a. Anda
dapati kedua-duanya agak mudah.
b. Secara
amnya anda Okey dengan salah satu daripadanya tetapi dengan yang satu lagi.
c.
Kedua-duanya agak sukar untuk anda.
28. Apabila menari
ataupun mendengar muzik jazz, kita:
a. Dapat
merasai muziknya selepas belajar beberapa langkah.
b. Dapat
membuat sebahagian latihan ataupun menari tetapi selebihnya kita berasa
keliru.
c.
Menghadapi masalah mengikut rentak dan irama.
29. Sebaik manakah kita
mengenal pasti dan meniru suara binatnag?
a. Tidak
baik.
b. Okey.
c. Baik.
30. Pada penghujung hari,
selalunya kita lebih gemar:
a. Berbual
dengan rakan dan keluarga perihal hari yang kita lalui.
b. Mendengar
cerita orang lain perihal hari mereka.
c. Membaca
akhbar, menonton televisyen dan diam.
|
Bagaimana Mengira Markah Ujian Kita
Kira jumlah bilangan jawapan A, B ataupun C. Kemudian gunakan jadual berikut bagi mendapatkan keputusan ujian.
Bagi
lelaki Bilangan
jawapan A X 10 markah =
Bilangan jawapan B
X 5 markah =
Bilangan jawapan C
X -5 markah =
Jumlah
=
Bagi Perempuan Bilangan jawapan A X 15 markah =
Bilangan jawapan B X 5
markah =
Bilangan jawapan C X -5
markah =
Jumlah
=
|
Bagi mana-mana soalan yang semua jawapannya tidak menggambarkan diri kita ataupun kita tiada jawapan untuknya, berikan lima markah.
Menganalisis Keputusan
Kebanyakkan lelaki mendapat markah antara sifar hingga 180 dan kebanyakkan wanita mendapat markah 150 hingga 300. Mereka yang cenderung ke arah fikiran maskulin selalunya mendapat markah kurang daripada 150.Lebih hampir mereka dengan nilai sifa, lebih maskulin fikiran dan lebih tinggi tahap testosteron mereka. Mereka menunjukkan kemahiran logikal, analitikal dan verbal yang tinggi serta lebih berdisplin dan teratur. Lebih hampir mereka kepada markah sifar, lebih cekap mereka dalam menganggar kos dan merancang keputusan daripada data statistik. Mereka juga langsung tidak di pengaruhi emosi. Markah yang berada dalam lingkungan sifar menunjukkan markah maskulin yang tinggi. Markah ini menunjukkan tahap testosteron wujud dengan banyak sejak perkembangan janin lagi. Lebih rendah markah yang dicapai wanita, lebih besar kemungkinan bagi dia menurus ke arah kelakian.
Otak yang lebih feminin mendapat markah melebihi 180. Lebih tinggi markah yang dicapai, lebih feminin otak orang itu dan ia bersifat lebih kreatif, artistik dan mamiliki bakat muzik. Mereka yang memiliki otak feminin membuat keputusan berdasarkan gerak rasa, hati dan lebih cekap mengenal masalah melalui data yang terhad. Mereka juga menyelesaikan masalah dengan kreativiti dan pemahaman mendalam. Bagi lelaki, lebih tinggi markahnya daripada 180, lebih besar kemungkinan bagi dia menjurus ke arah kewanitaan.
Lelaki yang mendapat markah kurang daripada sifar dan wanita yang mendapat markah lebih daripada 300 memiliki otak yang begitu bertentangan sifatnya. Perkara serupa yang dimiliki mereka hanya sekadar sama-sama tinggal di bumi.
Markah antara 150-180 menunjukkan pemikiran yang dapat di sesuaikan dengan kedua-dua jantina. Mereka ini mampu masuk ke dalam mana-mana kumpulan. Mereka ini tidak cenderung kapada cara tertentu dan selalunya fleksibel dalam pemikiran. Oleh sebab itu, kumpulan ini dapat memberi kelebihan kepada kumpulannya apabila di tugaskan dalam menyelesaikan sebarang masalah. Mereka senang berkawan dengan lelaki mahupun wanita.
Sumber: Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps, 2012, Allan & Barbara Pease, PTS Millennia Sdn Bhd. (Pg. 62-72)
No comments:
Post a Comment