Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir
Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di
peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.
Jawapan:
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan
lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda
bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan
bercakap perkara remeh. Perhubungan anda dengan rakan-rakan adalah amat
intensif; ini memberikan keharmonian dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan
perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang;
anda jarang berasa bosan.
2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengkehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk
membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan
seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang
dijangkakan daripada anda.
3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk
mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan
untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam
peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri
sangat nyata.
4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak
rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh
bergantung kepada anda. Anda memberi kepada orang yang rapat dengan anda, rasa selamat
dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda
menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa
skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal
dan tampan tanpa menonjol.
5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha
sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal
dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan
menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja
kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat
keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga
anda telah mencapai idea-idea anda.
6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati.
Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan.
Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup
serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas
ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai
dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang
ditawarkan oleh dunia ini.
7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba
menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup
sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang
baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa
diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering
menakjubkan.
8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari
segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting.
Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya
dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan
terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.
9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama.
Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang
anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup
anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif -
serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal
diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada
orang yang anda berkawan.
No comments:
Post a Comment