Follow my Twitter

Wednesday, 27 January 2016

Resipi Masakan Ringkas

1. AYAM/IKAN/TELUR/UDANG/KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
2. AYAM TOMYAM
3. MURTABAK MAGGI
4. SUP AYAM
5. TELUR DADAR
6. SAMBAL SOTONG/TELUR/UDANG/IKAN BILIS
7. AYAM MASAK LADA HITAM
8. IKAN MASAK TEMPOYAK
9. NASI KERABU GORENG
10. AYAM MASAK KURMA
11. DAGING/AYAM/IKAN MASAK KICAP
12. KERABU MANGGA MUDA
13. KARI DAGING/AYAM/IKAN
14. AYAM PANDAN GORENG
15. PETOLA MASAK AIR


1. AYAM/IKAN/TELUR/UDANG/KETAM MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan

AYAM/IKAN/TELUR/UDANG/KETAM
Cili padi
Serai 2 batang
Bawang merah 4 biji/Bawang besar 2 biji
Halia 2 cm
1/2 sudu teh kunyit
Santan (1 biji kelapa)
Garam secukup rasa
*Tambahan: Kentang

Cara-cara

1. Ketuk serai dan masukkan dalam periuk.
2. Bawang, kunyit, halia dan cili padi dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur
3. Masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus.
4. Siap!



2. AYAM TOMYAM


Bahan-bahan

Beberapa ketul ayam
1 kiub pati Tomyam (Knorr/Maggie)
2 batang serai
Halia 2cm
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
1 bawang besar dipotong empat
4 ulas bawang putih dipotong
*Tambahan: Kubis/lobak/bunga kobis/jagung


Cara-cara

1. Panaskan air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan bawang merah, putih, dan kiub pati tomyam.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan serai.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Siap!

3. MURTABAK MAGGIE


Bahan-bahan (Maggie Kari)

1 bungkus maggie
1 paket perencah maggie kari
2 biji telor
sedikit minyak masak

Cara-cara

1.    1. Didihkan air dalam periuk, masukkan maggie dan masak hingga lembut. Toskan. Ketepikan.
2.    2. Dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan lain kecuali minyak masak. 
       3. Masukkan maggie tadi dan gaul sekata.
4.    4. Panaskan minyak dan tuangkan adunan maggie tadi dan masak dengan api perlahan.  
       5. Balikkan kedua-dua belah dan masak hingga kuning keemasan.
5.    6. Angkat dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

4. SUP AYAM


Bahan-bahan:

Beberapa ketul ayam
1 batang kulit kayu manis *
1 biji bunga lawang *
1 biji buah pelaga *
1/2 biji bawang besar dimayang *
1 biji bawang putih dimayang *
1/2 inci halia dimayang *
2 cawan air
1 sup bunjut adabi
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Garam secukup rasa
*Tambahan: Kentang/lobak

Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan bertanda * mengikut turutan dari kulit kayu manis hingga halia sampai naik bau.
2. Masukkan air dan ayam.
3. Masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa.
4. Biarkan hingga mendidih/masak ayam.
5. Taburkan bawang goreng, daun bawang, dan daun sup.



5. TELUR DADAR

Bahan-Bahan

3 biji telur
1 biji bawang besar*
1 batang cili merah*
Daun sup*
1 sudu mayonis
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Hiris bahan bertanda * dan pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan garam dan mayonis secukup rasa
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga empuk.

6. SAMBAL SOTONG/TELUR/UDANG/IKAN BILIS


Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 5 ekor sotong (kerat petak2)
  • Segenggam cili kering
  • Belacan (cubit sebesar ibu jari.boleh agak2 sendiri)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 serai (diketuk)
  • Sos Cili, Sos Tomato
  • Gula
  • Garam
  • 4 Cili padi (kalau nak pedas)

Cara-cara

  1. 1. Blend belacan, Cili kering, bawang merah
  2. 2. Kemudian, tumis bahan yang dah di blend dengan 3 sudu besar minyak.
  3. 2. Tumis hingga tukar warna sket.
  4. 3. Tumis hingga hapus minyak
  5. 4. Masuk sotong. Tunggu selama 15min. api sederhana.

7. AYAM MASAK LADA HITAM
  • 3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
  • 1 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
  • 2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
  • 2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
  • 2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
  • 1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
  • 2-3 sd minyak masak
  • bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara

  1. panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
  2. masukan lada hitam & kacau sebati
  3. Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula

8. IKAN MASAK TEMPOYAK

1 ekor ikan patin 
5 biji cili padi - nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih 
1kuntum bunga kantan - belah 2 
sedikit daun kesum 
1 keping asam keping jika perlu 
garam secukup rasa

Cara :
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa @ asam limau. 
Mas rendam ikan patin dengan cuka kurma.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.  
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan. 
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.

Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.


9. NASI GORENG KERABU

3 cawan nasi putih
2 ulas bawang putih | dicincang halus
1 kuntum bunga kantan | dihiris halus
1 helai daun limau purut | dihiris halus
30gm timun | dibuang biji dan dihiris
30gm kacang panjang | dihiris halus
30gm kobis | dihiris
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Kemudian, masukkan bunga kantan, daun limau purut, kacang panjang, kobis, dan timun.
3. Kacau sebentar. Masukkan nasi dan gaul rata.
4. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Hidangkan dan sedia dinikmati.


10. AYAM MASAK KURMA

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawan merah*
  • 2 cm halia*
  • rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (didadu besar)
  • sedikir air asam jawa

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak
  2. Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  3. Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  4. Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asamjawa
  5. Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  6. Kacau sebati dan biarkan mendidih
  7. Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa


11. DAGING/AYAM/IKAN MASAK KICAP

Bahan-bahan ( utk lima orang )

  • 500g ayam , potong dan basuh
  • 2 ubi kentang dipotong ikut style masing2
  • 2 ulas bawang putih, kisar
  • 2 labu bawang besar, dipotong nipis
  • 2sm halia, dititik@hiris seperti batang macis
  • 1 asam keping
  • kicap manis
  • serbuk lada hitam, garam dan perasa
  • cili merah dan daun sop utk hiasan
  • 2 sudu minyak utk menumis

Cara-cara

  1. panaskan minyak, tumis bawang outih dan halia.
  2. bila naik bau, masukkan ayam, kentang, asam keping. tambah lebih kurang 1 cawan air, kecilkan api. tutup periuk, renihkan(didihkan dgn api kecil) lebih kurang 10 minit @ bila kentang empuk.
  3. bila kentang empuk , ayam pun sedang elok empuknya.
  4. masukan bahan2 lain. rasa asam garamnya. tambah sedikit gula jika suka. hias dengan daun sop. boleh dihidang dgn nasi @ pelengkap lontong

12. KERABU MANGGA MUDA

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 350g isi mangga muda
  • 4 tbs udang kering-goreng tanpa minyak, blend kering sampai hancur
  • cili secukupnya
  • 2 tbs kacang tumbuk
  • 1 biji limau nipis-ambil kulit hijau, potong nipis2
  • sedikit cuka-kalau mangga tak masam
  • garam+gula +perasa secukupnya

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan, gaul rata2.
  2. Bila nak makan baru taruk kacang tumbuk.

13. KARI DAGING/AYAM/IKAN

Bahan-bahan ( 1 periuk kecil )

  • ayam
  • bwg kecil-dihiris
  • bwg pth-dihiris
  • halia-dimayang
  • cili kering-blend
  • awas menumis campuran-bunga lwg,kayu manis,jintan,halba etc
  • kentang belah 4
  • serbuk kari
  • santan
  • daun kari
  • garam gula ckp rasa
  • sedikit minyak utk menumis
  • air asam jawa

Cara-cara

  1. Potong dan bersihkan ayam.Toskan
  2. Masukkan sedikit minyak ke dlm periuk/kuali tumiskan bwg kecil,bwg putih,halia,cili,awas menumis,kentang dan sedikit daun kari hingga naik bau
  3. Sementara itu bancuhkan serbuk kari bersama garam,gula dan air asam jawa.Kacau sebati dan tuangkan ke dlm periuk /kuali tadi dan kacau.Biar seketika
  4. Bila dah mendidih masukkan ayam dan santan.Kecilkan api dan tutup periuk,biar 10 minit.
  5. Bila dah masak angkat dan hidangkan

14. AYAM PANDAN GORENG

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

15. PETOLA MASAK AIR


Bahan-bahan ( sorang pun bley abih )

  • 3-4 biji petola (buang kulit dan potong bulat)
  • 20sen suun (rendam)
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Air
  • Minyak
  • 1/4 kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan sesudu minyak dan tumis bahan hiris. Bila dah naik bau, masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan petola yg dah dipotong bulat. Masukkan juga suun tadi.
  4. Pecahkan telur dan kacau. Tambahkan kiub ikan bilis dan perisakan dengan garam.
  5. Siap untuk dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja..



Saturday, 2 August 2014

Kerja Swasta atau Kerajaan?

Anda keliru untuk memilih kerjaya yang anda ingin atau mengikut kehendak keluarga? Sebelum anda memilih kerjaya yang bersesuaian dengan diri anda, seharusnya anda perlu menilai beberapa faktor pemilihan kerjaya anda. Antaranya adalah:

1. Kelulusan
     Swasta
     Selalunya kerja swasta tidak kira persendirian mahupun perkongsian syarikat memerlukan kelulusan yang tinggi terutamanya kerjaya yang di anggap 'high class' bagi sesetengah pihak. Jika anda mempunyai kelulusan tertinggi seperti ijazah sarjana muda, persaingan adalah sangat sengit terutama lepasan IPTS yang rata-ratanya lebih mahir dan fasih dalam berbahasa inggeris. Namun begitu, saya tidak pula merendahkan pelajar lepasan IPTA. Kita perlu terima hakikat bahawa kebanyakkan syarikat penswastaan adalah milik non-bumi. Jika anda ada degree dalam bidang tertentu, sebagai contoh, Degree in Human Resource, anda boleh memohon kerja sebagai Eksekutif. Tetapi jika anda hanya ada SPM, sebagai permulaan anda mungkin layak memohon kerja sebagai Kerani.

     Kerajaan

     Berlainan pula dengan kerajaan, sebagaimana di peruntukkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), anda hanya boleh memohon jawatan mengikut tangga kerja atau kelayakan. Contohnya, sesetengah Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan, memerlukan pekerja yang mempunyai taraf kelayakan yang berkaitan seperti Pegawai Penilaian Gred 41, memerlukan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Hartanah. Begitu juga SPM, anda boleh memohon jawatan seperti Pembantu Tadbir N17 mengikut kelulusan SPM anda. Kerjaya sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 ini sangat mendapat sambutan bagi semua pemohon kerja. Kelayakan yang di perlukan hanya kredit BM, BI dan Matematik serta Lulus dalam ujian lisan.

2. Pengalaman

     Swasta
     Di syarikat penswastaan, pengalaman adalah satu kemestian yang di perlukan dalam memenuhi tuntutan kerjaya masa kini. Pengalaman yang di perlukan adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun sehingga tiga tahun dalam bidang yang berkaitan/sama. Contohnya, General Clerk-Motor Claims di sebuah syarikat insurans yang mengendalikan tuntutan motor, calon yang berpengalaman bekerja dalam syarikat insurans akan di utamakan oleh mereka. Ini kerana, majikan dapat menjimatkan perbelanjaan, masa dan tenaga mereka daripada melatih pekerja baru.


     Kerajaan

    Pengalaman bukanlah keutamaan jika calon mahu berkhidmat dengan kerajaan kerana sesiapa sahaja boleh memohon kerja jika calon memenuhi kelulusan dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh majikan. Pengalaman diperlukan hanya bagi kakitangan yang ingin naik pangkat atau gred perjawatan yang lebih tinggi dan memenuhi kelayakan, lulus peperiksaan dan mencapai standard KPI.

3. Pendapatan

     Swasta
     Jika duit adalah keutaman anda, swasta adalah pilihan yang baik kerana anda boleh dirunding untuk gaji yang lebih tinggi setaraf dengan pengalaman dan kelayakan anda. Tapi perlu ingat, gaji yang tinggi mempunyai tanggungjawab yang tinggi juga. Anda mungkin perlu bekerja lebih masa jika diperlukan oleh majikan. Bagi calon yang baru memulakan kerjaya, basic gaji anda tentulah yang lebih rendah mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM900 sahaja bagi calon SPM. Bagi calon Diploma basic adalah sebanyak RM1,500 dan Degree sebanyak RM1,800. Semasa temuduga, jangan segan silu untuk bertanya mengenai faedah yang akan diberikan contohnya, caruman KWSP, PERKESO, bonus dan medical coverage. Segelintir syarikat swasta kecil tidak menyediakan perlindungan untuk pekerjanya. Tidak guna juga kalau gaji besar tapi tiada insentif daripada majikan. Sesetengah pihak swasta menyediakan insentif bonus sehingga setengah tahun gaji mengikut budi bicara majikan tersebut.

  
    Kerajaan
     Bagi calon yang telah mendapat tawaran dalam perkhidmatan kerajaan perlu di ingatkan bahawa, gaji permulaan anda adalah mengikut tangga gaji perjawatan yang telah di tetapkan oleh JPA. Anda tidak boleh membuat rundingan gaji seperti pihak swasta. Bekerja dengan pihak kerajaan untungnya di sini, pekerja mendapat pencen setelah bersara kelak jika berkhidmat melebihi 25 tahun keatas. Bonus yang di terima tidak lah sebanyak pihak swasta. Sekurang-kurangnya setengah bulan gaji. Anda boleh menyemak insentif lain dengan majikan anda.



4. Minat
    Bagi sesetengah pihak, mereka tidak kisah dalam mencari pekerjaan kerana mereka boleh bekerja keras asalkan mempunyai pendapatan tetap. Ada pula yang bercita-cita tinggi untuk bekerja dari bawah dan ingin memegang jawatan yang tinggi kelak. Walauapapun alasan anda, perlu di ingatkan, minat adalah fokus utama dalam bekerjaya. Jika tiada minat, kemungkinan kerja yang anda lakukan adalah tidak ikhlas, anda akan merasa bosan dan stress dengan kerjaya anda.


5. Lokasi
     Calon perempuan, tiada kenderaan sendiri, berumah tangga dan kos tinggi merupakan alasan yang selalu di berikan oleh calon. Cubalah mencari tempat kerja yang mempunyai akses kepada kemudahan awam. Tidak mengapa untuk berkorban seketika dalam mencari rezeki. Jika tempat kerja jauh dari rumah, cari inisiatif lain untuk ke tempat kerja contohnya, membeli motorsikal, menyewa berdekatan dan keluar awal ke tempat kerja.


6. Jawatan

    Jika anda mahukan kerjaya yang lebih baik, seperti bekerja 5 hari seminggu, 9 jam sehari, percayalah tidak semudah itu. Anda perlu melalui pengalaman yang pahit dahulu sebelum mendapat kerjaya yang anda inginkan. Bekerjalah walauapapun jawatan yang anda dapat sebelum anda mempunyai pekerjaan yang tetap yang boleh menjamin masa depan anda dan keluarga.


7. Diri kendiri
     Bersiap sedialah anda sebelum anda menghadirir temuduga. Persiapkanlah diri anda selengkapnya dari segi mental dan fizikal. Berpakaian kemas bukan sahaja melambangkan diri anda tetapi kelakuan anda juga di nilai. Pekerja yang berdisplin, rajin, ekstrovert, teliti, cepat dan cermat adalah di sayangi majikan. Bekerjalah secara jujur dan amanah dan jauhilah dari unsur-unsur rasuah. Nescaya, hati anda akan tenang dalam melakukan kerja.


8. Restu
     Sesungguhnya restu daripada keluarga sangat penting, terutamanya ibubapa kita. Jika ibubapa tidak menyukai pekerjaan kita, cubalah yakinkan keluarga anda mengenai kerjaya anda jika kerjaya anda ceburi memenuhi minat anda. Jika tidak, cubalah bersabar dalam mencari pekerjaan lain yang anda inginkan.


9. Pengurusan
    Cuba kaji selok belok sesuatu syarikat tersebut sebelum anda menerima kerja tersebut. Cuba elakkan diri anda daripada di tipu. Jika anda merasakan diri anda di tipu oleh majikan, pergilah membuat laporan ke saluran yang betul.


10. Masa hadapan
      Tidak kira anda sudah berumah tangga atau belum, masih belajar atau sudah menamatkan pelajaran, tentukan masa hadapan anda sebagai pekerja supaya masa depan anda dan keluarga terjamin. Carilah pekerjaan yang mampu memberi rezeki yang halal untuk anda. Selamat berjaya dan jangan putus harapan!

Sunday, 4 August 2013

Perbezaan Sikap Lelaki dan Perempuan



Adakah perbezaan ini ada persamaan didalam diri anda atau mungkin juga ada persamaan daripada penilaian anda terhadap pasangan anda?. (L) bermaksud lelaki. (P) bermaksud perempuan. Jom kita nilai diri dan pasangan kita.

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh degan pandangan orang lain lebih-lebih lagi degan orang yang dicintainya.


(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.


(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.


(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.


(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.


(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.


(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.


(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.


(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.


(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.


(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.


(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.


(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan


(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.


(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.


(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya


(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf


(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran


(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan


(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga


(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat