Pages

Follow my Twitter

Sunday 17 February 2013

Sifat Anak Mengikut Turutan


SIFAT ANAK SULUNG

Anak sulung menempati posisi istimewa dalam sebuah keluarga. Kelahiran anak sulung selalu ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan, begitu pun bagi ahli keluarga yang lain. Keistimewaan posisinya membuat sifat anak sulung cukup unik.

Pelbagai pendapat, begitupun dengan kasih sayang orang tuanya yang tercurah tanpa terbagi pada siapapun sebelum lahir adik-adiknya. Anak sulung akan mendapatkan apa yang dia inginkan dengan mudah, namun kenyataannya, mereka juga memiliki beban cukup berat. Orangtua biasanya menaruh harapan dan tanggungjawab besar pada si sulung.

Anak sulung memang senang untuk mengawal dan mengendalikan sesuatu. Terdapat dua jenis anak sulung yang umum diketahui. Jenis anak sulung pertama akan mengawal dan mengendalikan dengan gaya mengasuh yang lemah lembut. Sedangkan jenis anak sulung kedua lebih pada penggerak yang agresif dan cenderung memaksa orang di sekitarnya.

Berikut ini beberapa sifat anak sulung pada umumnya:
§  Berjiwa pemimpin
§  Selalu berusaha menyenangkan orang lain, khususnya ayah-ibu.
§  Bercita-cita tinggi dan boleh menyusun impian sampai mencapainya
§  Suka memilih
§  Teratur dan kompeten
§  Rasa yakin akan mengerjakan sesuatunya dengan benar.
§  Bertanggungjawab
§  Menepati waktu
§  Emosional
§  Tidak terlalu menyukai kejutan dan ingin selalu memegang kendali
§  Kurang sensitif
§  Sulit menerima kata ¨tidak¨
§  Ketika merasa ditolak, protesnya dalam bentuk melanggar peraturan

Anak sulung memang usianya paling tua di antara anak lainnya, namun bukan bererti Anda harus memberikan tanggung jawab terlalu besar padanya. Perlakukan semua anak dengan adil dan pahami jika mereka memiliki keistimewaan masing-masing. Dalami sifat anak sulung, tengah dan anak Anda lainnya agar bisa memahami serta mengasuhnya dengan cara yang tepat.


SIFAT ANAK KEDUA

Anak kedua pula adalah anak yang unik. Anak kedua adalah penyedia masalah kepada anak pertama. Anak kedua tidak merasai kedudukan berkuasa penuh seperti yang dirasai oleh anak pertama. Kelahiran anak kedua juga mengubah sikap dan pandangan ibu bapa. Anak kedua biasanya kurang diberi tumpuan. Sikap dan tingkah laku anak kedua juga tidak menimbulkan perasaan cemas kepada ibu bapa. Ibu bapa lebih bersahaja dalam menangani kerenah anak kedua.

Sejak lahir, anak kedua mempunyai tempat rujukan mereka sendiri, iaitu anak pertama. Anak kedua tidak keseorangan dalam segala hal. Tingkah laku anak pertama akan menjadi contoh, sumber inspirasi atau ancaman kepada anak kedua. Perkembangan anak pertama memberi kesan yang besar dan banyak membantu di dalam perkembangan anak kedua. Anak kedua sering menaruh harapan bukan sahaja ingin menyamai anak pertama, malah lebih berjaya daripada anak pertama. Harapan yang tertanam ini merangsang perkembangan bahasa dan kemahiran fizikal anak kedua.

Berikut ini beberapa sifat anak ke dua pada umumnya:

·                     Berdikari
·                     Diplomatik
·                     Agresif
·                     Suka bersaing
·                     Suka keseronokan
·                     Suka berkawan
·                     Boleh dipercayai
·                     Boleh Diharap
·                     Suka memberontak
·                     Kurang sabar
·                     Pemalu

Personaliti : Tanah, Air, Api atau Angin?


Tanah – Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air – Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api – Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin – Anak keempat, kelapan dan kedua belas
Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.











Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam katego ri air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!

Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.



5 comments:

OneSue said...

berguna maklumat ini...

salam perkenalan :)

noransu said...

Hoh... tak sama lansung..

Unknown said...

Haha..kalu angin 2 sy stuju...nak2 yg cepat bosan...xpenah nk lekat...
Bia pom sy perempuan...hahahah...nice ....

aros said...

haha caye anak ke tigeeee!hihihi=)

Unknown said...

Betul sgt2 pasal angin tu..mmg kerap berubah