Pages

Follow my Twitter

Monday 18 February 2013

Mencari Jodoh


Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri. 

Alasan Sukar mencari jodoh
*Jodoh belum sampai 
*Cara tepat memahami Qada' dan Qadar bukan menyalahkan takdir. Semua perkara ada sebab. 
*Hati tidak fokus, jika berniat ikhlas, berusaha benar,insha Allah ALLAH bantu .
*Belum Bersedia
*Terlalu memilih 
*Hati tak bersih - buangkan rasa yang tidak baik dengan insan sekeliling



Kenapa sukar bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta  (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian 
-Restu ibu bapa 
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjaran akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa . 




Dekatkan jodoh anda ( bagi yang belum jumpa sesiapa )
*Berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat
*Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh*
* Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba*
*Mengisi hati dengan ibadah tertentu
*Menyayangi semua orang di sekitar anda
*Menyucikan hati
*Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana .
*Lengkapkan diri sendiri dengan ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang dia suka) :

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang

Perspektif tentang jodoh 
Yang salah
Yang betul
Jodoh tak perlu dicari
ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu
Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak
Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab takkan jumpa yang baik
Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal
Banyak beza saling melengkapi
Perlu cinta sebelum kahwin
Ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
Pasangan perlu kerap sms dan berjumpa
Pasangan perlu jaga batasan
Percaya janji kata manis
Sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta datang dengan tanggungjawab




Kategori jodoh:

1) JODOH DARI SYAITAN
Iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
Iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
Iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.


No comments: