Follow my Twitter

Friday, 8 February 2013

TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK KEPADA IBUBAPA

HAI ANAK-ANAK KU….

• JAGALAH NAMA BAIK IBUBAPAMU SEPANJANG HAYAT

• PASTIKAN DIRIMU SENTIASA TEGUH MENDIRIKAN SOLAT DAN BERAKHLAK MULIALAH SEPANJANG HAYATMU


• DOAKANLAH KESEJAHTERAAN UNTUK IBUBAPAMU SETIAP LEPAS SOLATMU

• BAHAGIAKANLAH, GEMBIRAKANLAH HATI IBUBAPAMU SEDAYA YANG MUNGKIN LEBIH-LEBIH LAGI BILA KEDUANYA SUDAH TUA


• PANDANGLAH IBUBAPAMU DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN BERBICARALAH DENGAN SUARA YANG LEMAH LEMBUT

• JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU SUSAHKAN, BUKAKAN AIBNYA SERTA MEMALUKAN IBUBAPAMU


• JANGANLAH ENGKAU SOMBONG PADA IBUBAPAMU WALAU TINGGI MANA PANGKAT DAN DARJATMU

• BERKORBANLAH JIWA RAGA, HARTA DAN MASA UNTUK MEMBELA IBUBAPAMU


• POHONKANLAH KEREDHAAN DAN KEIKHLASAN DARI IBUBAPAMU SEBELUM HAYATNYA BERAKHIR

• MAAFKANLAH SEGALA SALAH SILAP IBUBAPAMU, WALAU BANYAK MANA SEKALIPUN


• SENTIASALAH ENGKAU KIRIMKAN TASBIH, ZIKIR, AYAT-AYAT SUCI UNTUK IBUBAPAMU LEBIH-LEBIH LAGI BILA KEDUANYA SUDAH MENINGGAL DUNIA

• BUATLAH BAIK PADA RAKAN, SAHABAT HANDAI IBUBAPAMU BILAMANA IBUBAPAMU SUDAH MENINGGAL DUNIA.

“ANAK-ANAKKU…..ENGKAULAH BUAH HATI, TINGGALAN HARTA IBUBAPAMU, BAIK DIRIMU BAIKLAH IBUBAPAMU”.

No comments: