Pages

Follow my Twitter

Friday 8 February 2013

Fadilat Terawih


Fadhilat solat tarawih diriwayatkan oleh Saidina Ali (R.A) daripada RASULULLAH S.A.W, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari ALLAH S.W.T.

Malam 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru malaikat di bawah ‘Arasy‘ supaya kami meneruskan solat tarawih terus-menerus. `Semoga ALLAH mengampunkan dosa engkau.’

Malam 4: Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 ALLAH SWT mengurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6: ALLAH SWT kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya ALLAH mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

Malam 7 : Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
ALLAH SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi ALLAH, Ibrahim as.

Malam 9 :
ALLAH SWT mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10 :
ALLAH SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam2 seterusnya:
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan. 

Malam 12 :Datang pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). 

Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. 

Malam 14 : Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta ALLAH tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. 

Malam 15:Semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya ALLAH S.W.T mengampunkannya. 

Malam 16: ALLAH S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 

Malam 17 : Allah S.W.T kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi. 

Malam 18 : Seru malaikat: "Wahai hamba ALLAH! sesungguhnya ALLAH telah reda kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)." 

Malam 19: ALLAH SWT meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

Malam 20: ALLAH SWT kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 

Malam 21: ALLAH SWT binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar). 

Malam 23: ALLAH SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur. 

Malam 24: ALLAH SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 

Malam 25: ALLAH SWT angkatkan daripadanya siksa kubur. 

Malam 26: ALLAH SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat. 

Malam 27: ALLAH SWT kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 28: ALLAH SW. kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat 

Malam 29: ALLAH SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 

Malam 30: ALLAH SWT beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama ‘Al-Kauthar’” “Bersama-samalah kita meramaikan dan mengerjakan solat tarawih dengan mengharapkan balasan-Nya di akhirat kelak, Insya-ALLAH”.

No comments: