Pages

Follow my Twitter

Friday 15 February 2013

Graduate Career Associated Program (GCAP)



Siswazah menganggur kini diberi peluang unik mengikuti program latihan selama enam minggu tajaan kerajaan bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Dikenali sebagai Graduate Career Accelerated Programme (GCAP), program ini menawarkan latihan peningkatan kemahiran untuk mencerahkan peluang siswazah diambil bertugas dalam industri perkhidmatan.



Program latihan ini mengutamakan pemberian pengalaman dan bersifat interaktif untuk memberi kelebihan istimewa kepada peserta, di samping mempersiap lepasan universiti untuk menghadapi cabaran pasaran kerja yang amat berdaya saing kebelakangan ini.

   

GCAP, yang ditaja TalentCorp - sebuah badan di bawah Pejabat Perdana Menteri diurus My-Partners Sdn Bhd dan disusun serta dilaksanakan oleh Scicom Education Group untuk memberi pendidikan formal serta mempersiap modal insan berkelayakan menyertai industri pengurusan perkhidmatan. Ketua Pegawai Operasi Scicom Education Group Jude Mohan memberitahu bahawa GCAP dijalankan dalam bahasa Inggeris dan memberi penekanan untuk menambah baik kemahiran komunikasi lisan para pelatih.


Modulnya memberi penekanan terhadap usaha melengkapkan siswazah dengan kemahiran asas serta kaedah komunikasi dalam persekitaran perniagaan dan perkhidmatan. Sesi bahasa Inggeris secara bertulis dan lisan diadakan untuk meningkatkan keyakinan pelatih untuk menghadapi masa depan yang lebih cerah.
Latihan ini melibatkan komunikasi secara berkesan, bercakap dalam bahasa Inggeris dengan yakin, membuat pembentangan seperti seorang profesional, menangani peluang pekerjaan, menguasai kemahiran profesionalisme di tempat kerja dan memperoleh kepintaran emosi yang tepat untuk maju dalam kerjaya.


Setelah tamat latihan, peserta akan diberi sijil dan dirujuk kepada pelbagai syarikat, termasuk yang bergiat dalam bidang telekomunikasi, media, pelancongan, kewangan dan peruncitan untuk memberi peluang kepada mereka mendapat pekerjaan. Untuk layak menyertai program ini, seseorang itu mestilah warga Malaysia, memiliki ijazah daripada universiti yang diiktiraf dan tidak mempunyai pekerjaan.

Latihan diadakan di seluruh negara, manakala di venue tertentu, kemudahan penginapan disediakan dan pelatih diberi elaun harian. Program ini ditaja kerajaan untuk meningkatkan peluang siswazah menganggur diambil bekerja. Tujuan GCAP ialah untuk membentuk modal insan yang cekap serta memiliki kemahiran khusus untuk membolehkan mereka menyertai industri perkhidmatan, mampu meningkatkan kerjaya dalam persekitaran teknikal serta profesional dan akhirnya diberi peluang memainkan peranan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan.


Elaun akan di berikan kepada siswazah sebanyak RM 800 dan RM 600 (kemudahan tempat tinggal). Selepas menamatkan program selama enam minggu ini, Career Fair dan Graduation Day akan di adakan.

Maklumat lanjut sila layari http://www.gcap.my/

Galeri

Dalam program ini, kami daripada pelbagai jurusan degree dari serata Malaysia termasuklah IPTA dan IPTS, di satukan dalam satu kelas yang terbahagi kepada beberapa kumpulan untuk berkongsi pendapat, idea dan menyerlahkan lagi kebolehan dan bakat terpendam dalam diri kami semua. Banyak aktiviti dalam dan luar kelas yang telah kami sertai melibatkan facilitator kami. Kelas kami di tempatkan di Bangunan Wisma Belia, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. 

Hari-hari terakhir kami bersama
In Our Lovely classroom
Salah satu aktiviti kami
Salah satu aktiviti luar kami
Red Group
Purple Group
Green Group

No comments: