Pages

Follow my Twitter

Thursday 18 April 2013

Klasifikasi Personaliti dan Ciri-cirinya

Personaliti seseorang individu biasanya dapat dipersepsikan dalam satu kontinum di antara dua kategori yang ekstrim, iaitu introvert dan ekstrovert.

Seseorang individu yang dikatakan introvert ialah orang yang sentiasa menyembunyikan perasaan dan emosinya dalam situasi kenyataan. Dalam interaksi sosial, orang ini tidak banyak bercakap tetapi menumpukan masa mendengar percakapan orang lain. Orang introvert ini mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu, kurang bercita tinggi, jarang mengambil inisiatif tetapi sesuaikan diri dalam sistem kehidupan yang teratur.

Orang ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Orang ekstrovert ini aktif dan suka bergaul dengan orang lain, sering suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, sesuai dengan perubahan, cepat menunjukkan perasaannya, tetapi cepat pula mengubahnya.

Bagaimanapun, tiada seorang individu yang benar-benar tergolong sebagai introvert atau ekstrovert sepenuhnya. Sesungguhnya, setiap orang individu mempunyai sesetengah ciri introvert dan ekstrovert, yang terletak pada satu titik dalam kontinum antara kedua-dua kategori tersebut.

Kadangkala, seseorang individu menonjolkan ciri-ciri introvert dalam sesuatu situasi berbeza. Misalnya, seseorang individu menunjukkan sifat periang dan proaktif di rumah dan pendiam di sekolah. Orang yang mempunyai gabungan sifat introvert and ekstrovert dikatakan orang yang mempunyai personaliti ambivert. Orang yang biasanya aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi ingin bekerja sendirian, biasa bertutur lancar tetapi berfikir baik-baik sebelum memberi pendapat.

Cara-cara Mengendalikan Personaliti Yang Berbeza

Introvert
  • Murid introvert diberi motivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan kokurikulum.
  • Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif sebagai role model.
  • Memberi peneguhan positif, galakan dan pujian kepada usaha mereka.
  • Melibatkan penyertaan murid-murid introvert dalam aktiviti kumpulan dan aktiviti kokurikulum.
Ekstrovert
  • Sering menggalakkan murid ekstrovert mengemukakan soalan dalam kelas.
  • Melantik mereka agar membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan dan kokurikulum.
  • Memberi murid ekstrovert pelbagai aktiviti pengayaan.
  • Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk mengajar murid ekstrovert dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran.

No comments: