Pages

Follow my Twitter

Wednesday 6 February 2013

Tempat lepak yang tidak perlu keluarkan duit banyak

Area Kuala Lumpur

Dataran Merdeka
Tempat berkumpul kelab-kelab kereta/motor waktu malam lah. Tapi tengok mood DBKL kalau diaorang nak halau lah. Memang best kalau jadi port berkumpul, atau nak berdating.

Taman Tasik Titiwangsa
Tempat yang sangat best kalau nk berjogging sebab luas dan banyak kemudahan untuk bersukan. Nak picnic pun boleh kat sini tapi jagalah kebersihan. Aku lak suka cuci mata...hahaha..

Taman Suria KLCC
Taman Suria KLCC ni sama je macam taman yang lain cuma nya ada tempat mandi khas untuk kanak-kanak sahaja. Kalau yang pergi KLCC, jangan lupa berposing depan KLCC...hehehe..



Dataran Masjid Putrajaya
Berhadapan dengan Masjid Putrajaya Persint 2, selalunya ramai juga lak yang akan ke sini bagi tujuan sama ada nak melawat atau melepak di hujung minggu.


Taman Tasik Ampang Hilir

Taman tasik bersebelahan dengan MRR2 menghala ke Zoo Negara terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk sesuai kepada orang ramai yang inginkan aktiviti riadah seperti bersenam tapi tak sesuai untuk kanak bermain di taman permainan sebab dekat sangat dengan tasik. Kepada ibubapa jagalah anak-anak anda baik-baik.

Taman Tasik Metropolitan Kepong
Tasik yang sangat luas sesuai untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, berjogging, futsal, berkasut roda, main layang-layang dan ada permainan kanak-kanak. Mengah juga la kalau pertama kali berjogging keliling tasik tu sebab kawasannya berbukit.



Area Perak

Taman Rekreasi Gunung Lang
Sangat cantik permandangan taman ni. Sesuai kalau nak beriadah bersama seisi keluarga, berdating, photo outing.
Kellie Castle, Ipoh
Istana peninggalan lama penjajah. Monumen yang cantik sesuai untuk bergambar. Nak masuk kena bayar RM4.00 untuk orang dewasa.




Menara Condong, Teluk Intan
Best melepak malam-malam tapi banyak pula mat bangla kat sini. Aku beli makanan kat pasar malam, then makan kat depan Menara Condong ni sambil cuci mata..hahaha...

Area Melaka

Zoo Melaka


Zoo yang biasa sahaja, banyak haiwan darat seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Tapi aku suka pergi tasiknya, cantik permandangannya. Kalau tengok haiwan lak, aku suka tengok Bob Cat, comel sangat. Parking berbayar RM5 sahaja pada hari Sabtu dan Ahad.

Masa Lawatan
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari 
Harga Pakej  
Harga 
Kategori  
RM  8.00 
RM10.00 
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)  
RM  2.00 
RM 4.00 
Kanak-kanak ( 5 tahun hingga 12 Tahun) 
RM 5.00 

Pelajar Sekolah ( Beruniform)  
RM 10.00 
RM 10.00
Kamera Video
RM 4.00Warga Emas
Bandar Hilir
Jangan lupa singgah minum air cendol di kawasan ni berdekatan dengan kincir air tu ada satu warung cendol, memang sedap. Pastu singgah la ke Muzium Kapal Samudera mengambil gambar kenangan. Sekali masuk untuk warganegara cuma RM 3.00/Dewasa dan RM1.00/kanak-kanak.
Menara Taming Sari
Keunikan menaiki Menara Taming Sari ini adalah para pengunjung dapat melihat pemandagan dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km. Menara ini akan berputar apabila sampai di puncak. Pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Nama menara ini di ambil bersempena dengan keris Hang Tuah iaitu Keris Taming Sari. Harga tiket RM 20.00/Dewasa. dan RM10.00/kanak-kanak.
Family Duck Tour
Agak mahal nak naik Quaker 1 (Bot Itik) ni RM 38.00/Dewasa. Perjalanan "amphifia boat"  lebih kurang +- 45 minit sahaja menyusuri laut. Tapi sekejap aje ler masuk laut tengok Masjid terapung. Nama pun amphifia, kenderaan dua alam, dari darat boleh masuk ke laut. Driver bertukar dan ada tourist guide yang akan bercerita mengenai Melaka ni.

No comments: