Pages

Follow my Twitter

Thursday 7 February 2013

Peribahasa Motivasi Diri

Kata-kata inspirasi & perangsang untuk diri sendiri



  1. Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia - Norman Vincent Peale
  2. Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu. Apabila kata-kata kita itu baik dan ikhlas, ia mampu mengubah dunia- Buddha
  3. Empat perkara yang wajib bagi mencapai kejayaan; kerja keras, doa, pemikiran dan keyakinan - Norman Vincent Peale
  4. Sesiapa yang berkata hari cerah itu sinonim dengan kebahagiaan, dia belum pernah menari dalam hujan - Penulis tidak di ketahui
  5. Selalunya apa yang di perlukan hanya perubahan dalam diri kita, bukannya perubahan keadaan - Arthur Christopher Benson
  6. Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik - Abraham Lincoln
  7. Rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi, sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. Dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik. - Glorie Abelhas
  8. Mereka yang duduk menunggu sahaja sesuatu berlaku patut menyinsing  lengan baju mereka sendiri terlebih dahulu - Garth Henrichs
  9. Keberanian adalah berasa takut tetapi tetap meneruskan juga- Dan Rather
  10. Orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang dia tidak miliki, tetapi tidak mensyukuri apa yang dia miliki -Epictetus
  11. Hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria - William Arthur Ward
  12. Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya- Mary Engelbreit
  13. Berfikir dan bersangka baik membantu kta menjadi lebih sihat - Penulis tidak di ketahui
  14. Apa sahaja pemikiran yang positif lebih baik daripada pemikiran yang negatif - Elbert Hubbard
  15. "Kanser" hanyalah satu perkataan, bukannya titik noktah - John Diamond
  16. Sesetengah orang melihat kesudahan yang tiada harapan, manakala sesetengah yang lain melihat harapan yang tidak berkesudahan - Penulis tidak di ketahui
  17. Jiwa manusia itu lebih kukuh berbanding apa pun yang mungkin menimpanya - C.C Scott
  18. Kekuatan sebenar seorang manusia berada dalam jiwanya, bukan pada anggota tubuhnya - Alex Karras
  19. Satu-satunya kecacatan dalam kehidupan ini adalah sikap yang buruk - Scott Hamilton
  20. Apabila merawat seorang pesakit, mula-mula sekali kita perlu merawat mindanya - Chen Jen
  21. Mereka yang memiliki sebab untuk hidup, sudah pasti mampu mencari jalan - Friedrich Nietzsche
  22. Setiap hari datang membawa hadiahnya sendiri. Bukalah reben hadiah itu - Ruth Ann Schabacker
  23. Hari Isnin adalah cara terburuk menghabiskan 1/7 masa daripada hidup kita - Penulis tidak di ketahui
  24. Perjalanannya sama sahaja, tidak kira sama ada kita mencari kegembiraan ataupun kepiluan - Eudora Welty
  25. Bertindaklah seolah-olah kehadiran kamu membawa perbezaan. Ia pasti akan berlaku - William James
  26. Hargai setiap detik yang mendatang kerana ia mungkin menjadi detik terindah dalam hidupmu - Robert Brault
  27. Sesetengah orang sering merungut kerana bunga mawar mempunyai duri. Namun, saya bersyukur kerana duri mempunyai bunga mawar - Alphose Karr
  28. Hidup seseorang hanya bermakna apabila dia menyedari akan anugerah yang di miliknya - Thorton Wilder
  29. Seseorang mengecap nikmat bahagia bukan kerana situasi yang dia alami, tetapi kerana sikapnya ketika menangani situasi itu - Hugh Downs
  30. Hanya ada beberapa perkara yang benar-benar penting - Marie Dressler
  31. Contoh teladan yang baik dua kali lebih berharga berbanding nasihat yang baik- Penulis tidak di ketahui
  32. Tiada apa yang benar dalam berfikir. Yang ada hanya persepsi - Gustave Flaubert
  33. Sekiranya mahu merumuskan erti persahabatan dalam satu perkataan, perkataan itu pasti "ketenangan" - Terri Gullements
  34. Tidak ada kehidupan yang sukar sehinggakan tidak boleh di tinggalkan dengan sikap yang lebih baik - Ellen Glasgow
  35. Sikap kita adalah perkara kecil yang mampu mengubah segala-galanya - Winston Churcill
  36. Bukan kedudukan, tetapi sikap kita yang menentukan sama ada kita bahagia ataupun tidak - Penulis tidak di ketahui
  37. Rahmat sebuah kehidupan hanya dapat dihitung oleh mereka yang benar-benar menghargai kehidupan itu sendiri - Eric Hoffer
  38. Belajar menghargai keindahan kecil yang hadir begitu banyak dalam kehidupan kita - Penulis tidak di ketahui
  39. Bukan umur yang panjang menjadi ukuran, tetapi sumbangan kita ketika melayari kehidupan - Abraham Lincoln
  40. Jangan melihat kepada kesedihan luaran, sebaliknya lihat kepada keindahan yang tercipta di dasarnya- Anne Frank

Sumber: Chicken Soup for the soul, 2012, J. Canfield, M.V. Hensen & A. Newmark, PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

No comments: