Pages

Follow my Twitter

Thursday 7 February 2013

Cara Menurunkan Berat Badan

Cara-cara Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

Selalunya, wanita yang mahu kan bentuk badan yang sempurna sama ada memikat hati suami ataupun mengekalkan BMI badan. Ops, bukan sahaja wanita malahan lelaki juga sekarang mementingkan personaliti. Di sebabkan kesibukan kerjaya harian, ramai yang lupa untuk menjaga badan.
Nak tahu berat badan kita sama ada normal atau tidak? Bolehlah semak di laman web Nestle ini.


Terdapat beberapa faktor yang memungkinkan berat badan seseorang itu naik walaupun kurang makan. 



Bagi aku tak perlu lah makan supplement diet, bukan apa...membazir je. Takot nanti apa yang kita hajati tak menjadi, duit pun melayang. Aku suka buat aktiviti luar, contohnya, pergi jogging. Pergi sahaja mana-mana tasik yang terdekat, kalau tak ada pengangkutan sendiri pun tak mengapa. Boleh je jogging dekat area perumahan kita sendiri. Percuma! Tak ada cukai untuk orang yang nak berjogging...hehehe...Dalam seminggu, adalah pergi jogging selalunya port aku kat Taman Tasik Titiwangsa lah sambil dengar mp3 dan boleh lah cuci mata..hehehe.... Tak lama pun dalam pukul 5 hingga 7 petang je jogging, paling minima pun 30 minit, tapi tak di sarankanlah sebab warm up ambil masa dalam 15 minit. Kalau keluar ke taman tu, boleh lah cuba main sukan/permainan yang lain seperti badminton, kasut roda, futsal/bola, basikal, skipping, bola jaring dan lain-lain sukan yang tidak perlu alatan yang mahal-mahal.

Aku suka menari, selalunya tiap petang aku akan menari aerobik je dalam bilik, tak perlu keluar rumah pun. Dalam rumah pun dah boleh keluarkan peluh selain buat kerja rumah lah. Pasangkan saja lagu kegemaran kita, selalunya aku pasang lagu yang rancak. Kalau tak tahu nak buat aerobik, belajar aje kat Youtube tu. Cari "Uncle Paul", tariannya senang ikut. Kalau yang suka Gangnam Style tu, bolehlah praktiskan. Nak kurus ni ambil masa yang lama antara 3-5 bulan. Tapi aku turun 10kg dalam 3 bulan, itu pun sebab aku banyak makan hati "buaya darat" ni...huhuhu...Tambahan pula, kebetulan dalam bulan Ramadhan, memang turun mendadak lah..



Selain itu, kalau ada yang berkemampuan sedikit boleh lah jadi ahli mana-mana Gym Center yang senang kita berulang-alik. Dulu aku biasa pergi Gym Clark Hatch berdekatan CapSquare untuk dua bulan je, itu pun ada offer dekat Groupon, murah sikit lah. Jarang nampak perempuan Melayu yang ke gim ni, malu kot nak pergi gim. Tapi best ada banyak juga lah aktiviti yang di sediakan contohnya, senamrobik, cycling, yoga dan sebagainya.

Vitamin C ini jenis larut dalam air.
Sedap rasanya macam minum air Oren gas.
Aku ni jenis manusia yang kurang antibodi, kalau demam memang ambil masa yang lama nak baik selalunya sampai 2 minggu baru ok. Nak pergi klinik bukannya teruk sangat pun, nanti Doktor bagi ubat yang sama macam panadol, tapi memang panadol pun. Akhirnya, aku ambil keputusan pergi tanya orang dekat farmasi. Minta ler antibiotik kat staff tu tapi kena marah pula. Katanya, kita tak boleh suka-suka ambil antibiotik. Kesimpulannya, dia cadangkan aku makan Vitamin C. Alhamdulillah, tenaga makin meningkat dan kulit pun berseri-seri, tak perlu botox pun..hehehe..

Dalam bab makanan kita perlu lah kawal pengambilan makanan kita seharian. Nasi adalah makanan ruji orang Malaysia. Fungsi nasi sebenarnya adalah untuk mengenyangkan sahaja. Bagi aku, kalau tak makan nasi sehari mahu pengsan rasanya. Tapi nasi boleh di gantikan dengan makanan karbohidrat yang lain seperti mihun, roti, dan mee tidak termasuk mee maggie. Aku akan makan banyak mana pun pada siang hari sebelum pukul 6 petang. Dalam kata lain, makan sebelum pukul 6 petang, jangan makan malam. Selepas itu, makan lah makanan ringan sahaja seperti biskut hanya untuk alas perut pada malam hari jika perlu. Jangan makan berulamkan air,kalau boleh minum air dahulu barulah makan. Elakkan minum air teh tarik dan jus tembikai. Pada keesokan pagi, ambil lah sarapan pagi kerana perut kita sudah kosong dan telah dicernakan semasa kita tidur.


Setiap malam sebelum tidur sapukanlah losyen panas di perut, selalunya jenama Mustajab lah. Kemudian, balut perut dengan slimming belt tapi jangan terlalu ketat takut susah bernafas. Agak panas lah bila pakai. Cara ini selalunya sekejap je untuk membentuk badan terutamanya di bahagian perut. Boleh juga kalau nak pakai slimming suit yang sekarang memang banyak di jual, tapi kos nya mahal sikit.




Akhir sekali, anda boleh je cuba minum Teh herba Orang Kampung untuk melancarkan sistem pembuangan. Ia sesuai untuk orang yang mengalami masalah sembelit atau susah membuang ni. Tapi jangan amalkan selalu minum teh ni takut boleh memudaratkan diri. Cukuplah hanya sebulan sekali sahaja pengambilannya.






Banyak aje cara untuk kita menguruskan berat badan atau mengekalkan berat badan ideal. Apa yang penting, USAHA & RAJIN! Cuma fikir 1/3 untuk bekerja, 1/3 melakukan aktiviti riadah dan 1/3 malam lagi untuk tidur. Jangan sia-siakan kesihatan anda. Hiduplah dengan cara hidup yang sihat... =)

No comments: