Pages

Follow my Twitter

Thursday 7 February 2013

Kecelaruan Tidur dan fakta menarik tentang tidur

Kategori Kecelaruan tidur



Tidur merupakan satu keperluan bagi semua makhluk yang hidup di dunia ini. Kajian menunjukkan bahawa segala otot-otot manusia yang normal akan ‘relax’ semasa manusia tidur dan mengikut ahli sains Barat dalam ‘Times, 1990 ‘ mengatakan bahawa tidur ‘helps repair the wear and tear of consciousness, and aids in the assimiltion of information or the impression of memory’. Corak tidur sesorang individu itu pula berubah mengikut umur kadang-kala “napping” pada waktu siang menjadi habit dan memuaskan sesetengah individu itu. Menurut Prof. Mady Raymond Azman Ali (1998) keperluan tidur seseorang berbeza-beza mengikut keperluan umur dan individu itu sendiri.

Jangan pandang remeh terhadap masalah kecelaruan tidur ini kerana dengan tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan masalah yang lebih besar kepada kesihatan tubuh badan kita. Ramai yang menganggap ianya masalah kecil tetapi kesan jangka panjang jika dibiarkan akan mempengaruhi kesihatan.

1. Insomnia (Sukar Tidur)
Insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur atau tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam dan kurang aktif pada siang hari.

Simptom insomnia
  • Sukar tidur
  • Sering terjaga pada waktu malam
  • Sering terjaga awal daripada waktu tidur sebenar
  • Gelisah
  • Gangguan terhadap ingatan
  • Mimpi menakutkan
  • Merasa sedih dan tertekan ketika terjaga


Jenis insomnia
  • Insomnia sementara iaitu mengalami kesukaran tidur sementara
  • Insomnia jangka pendek iaitu dua hingga empat minggu sukar tidur
  • Insomnia kronik adalah kesulitan tidur yang di alami hamper setiap malam dalam tempoh sebulan atau lebih


Cara atasi insomnia
  • Jauhi alcohol dan kafein
  • Jangan paksa diri tidur
  • Sebelum tidur, mandi dengan air panas
  • Tidur apabila mengantuk
  • Banyakkan aktiviti riadah dan mengeluarkan peluh
  • Membaca bahan bacaan atau mendengar muzik
  • Elakkan tidur ketika lampu di pasang

2. Parasomnia (Berjalan waktu tidur, bangun dan menangis pada waktu malam)

3. Narkolepsi (Kecelaruan untuk tidur di dalam persekitaran sepi)

Simptom Narkolepsi (Kecenderungan tidur di persekitran sepi)
  • Terlebih tidur
  • Otot tiba-tiba lemah


Cara atasi Narkolepsi
  • Elakkan pekerjaan yang memerlukan perjalanan jauh
  • Kawal masa tidur
  • Lelap seketika

Sumber: Metro Ahad, 3 Februari 2013, Sihat (E31)


15 Fakta Menarik Tentang Tidur

Perkara yang berlaku ketika tidur: 
1. Otak berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
2. Masa tidur bergantung kepada umur iaitu:
  • bayi: 16 jam
  • 3-18 tahun: 10 jam
  • 19-55: 8 jam
  • lebih 55: 6 jam
3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.
6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.
7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.
8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
  • Bayi: kasar tetapi hati sentiasa terbuka, tahan lasak, tapi agak sensistif , ada kalanya pemalu dan mudah dipujuk.
  • Tidur Matibersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
  • Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan, berfikiran terbuka, bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
  • Tentera: suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain.
  • Meniarap: kurang suka menerima kritikan dan menghiburkan, sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan.
  • Starfish: pendengar terbaik, orang yang prihatin, gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan.
9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan
10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.
11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.
15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

No comments: