Pages

Follow my Twitter

Wednesday 6 February 2013

Ujian Hubungan Otak




Ujian ini di reka bagi menunjukkan sama ada otak kita bersifat maskulin ataupun feminin. Tiada jawapan yang betul atau salah. Keputusannya mampu menunjukkan sama ada anda memiliki hormon kelakian atau pun tidak ketika kita berada dalam enam atau lapan minggu di dalam kandungan. Ia di gambarkan melalui nilai, pelakuan stail, orientasi dan pilihan kita sendiri.


Bulatkan kenyataan yang banyak berkaitan dengan diri kita sendiri.

1. Apabila perlu membaca peta ataupun mencari arah jalan, kita:
    a. Berasa sukar dan selalunya meminta pertolongan.
    b. Memusingkan peta supaya menghadap arah yang kita mahu pergi.
    c. Tidak menghadapi sebarang kesukaran membaca peta ataupun mencari arah jalan.

2. Kita sedang memasak resepi yang sukar dengan radio terpasang. Kemudian rakan kita menelefon. Adakah kita:
    a. Membiarkan sahaja radio terpasang dan memasak sambil bercakap di telefon.
    b. Menutup radio, bercakap sambil memasak.
    c. Memberitahu rakan yang kita akan menelefonnya kembali selepas selesai memasak.

3. Rakan-rakan kita mahu menziarahi dan bertanyakan arah ke rumah baru kita. Adakah kita:
   a. Melukiskan peta dengan arah yang jelas dan menghantar kepadanya. Mungkin juga kita mendapatkan orang bagi menerangkan kepadanya jalan ke rumah kita.
   b. Tanya mereka apa-apa mercu tanda yang mereka tahu dan terangkan kepadanya jalan ke rumah kita.
   c. Terangkan sendiri kepada mereka bagaimana ke rumah kita. Sebagai contoh, "Ambil simpang ke Kota Bharu, keluar dari lebuh raya, belok ke kiri dan terus sehingga lampu isyarat yang kedua...."

4. Apabila menerangkan idea ataupun konsep, kita selalunya:
  a. Menggunakkan pensil, kertas dan pergerakan bahasa badan.
  b. Menerangkannya secara lisan menggunakan bahasa badan dan pergerakkan.
  c. Menerangkannya secara lisan dengan terang dan ringkas.

5. Sekembalinya kita daripada menonton filemyang hebat, kita lebih gemar:
  a. Menggambarkan babak dalam filem itu adalah kita.
  b. Bercerita perihal babak daripada filem itu dan dialognya.
  c. Menyebut semula kebanyakkan dialog daripada filem itu.

6. Di dalam panggung wayang, kita lebih gemar duduk:
   a. Disebelah kanan.
   b. Tidak kira di mana sahaja.
   c. Di sebelah kiri

7. Rakan kita mempunyai barangan mekanikal yang tidak berfungsi. Anda:
   a. Bersimpati dan membincangkan perihalnya
   b. Mengesyorkan supaya orang yang dapat di harap membaiki barang itu.
   c. Cuba memahami bagaimana barang itu berfungsi dan cuba membaiki barang itu.

8. Kita berada di kawasan yang kita tidak berapa biasa dan ada orang bertanyakan arah utara. Kita:
   a. Berterus terang menyatakan yang kita tidak tahu.
   b. Mengagak arahnya selepas berfikir sejenak
   c. Menunjukkan arah utara tanpa sebarang kesukaran.

9. Kita nampak tempat parkir kereta tetapi ia agak sempit. Kita perlu mengundurkan  kereta bagi mengambil tempat itu. Kita:
   a. Cuba mencari tempat lain.
   b. Berhati-hati memarkir kereta kita di situ.
   c. Mengundurkan kereta kita dan parkir ke situ tanpa masalah.

10. Kita sedang menonton televisyen lalu telefo berbunyi. Kita:
  a. Jawab panggilan itu dengan televisyen terbuka.
  b. Perlahankan bunyi televisyen dan jawab panggilan.
  c. Tutup televisyen, suruh semua orang diam dan menjawab panggilan.

11. Kita baru sahaj mendengar lagu baru yang di nyanyikan artis pujaan kita. Selalunya kita:
  a. Dapat menyanyikan sebahagian kecil daripada lagu itu tanpa masalah.
  b. Dapat menyanyikan sebahagian kecil selepas itu sekiranya lagu itu mudah.
  c. Sukar mengingati melodinya tetapi mungkin dapat mengingati liriknya.

12. Cara terbaik mengagak  keputusan adalah dengan:
  a. Menggunkan gerak hati.
  b. Berdasarkan informasi yang ada dan keteguhan hati.
  c. Menggunakan fakta, statistik dan data.

13. Kita tersalah letak kunci. Adakan kita:
  a. Melakukan perkara lain sehingga teringat semula di mana kita meletakkannya.
  b. Melakukan perkara lain tetapi cuba mengingati di mana kita meletakkan kunci itu.
  c. Cuba mengingatinya dengan menyusuri semula perkarayang kita lakukan sebelum itu sehingga kita terjumpa kunci tersebut.

14. Kita sedang berada di dalam bilik hotel dan terdengar bunyi siren dari jauh. Kita:
   a. Tidak dapat mengenal pasti dari mana arah bunyi itu datang.
   b. Mungkin dapat mengagak dari mana datangnya bunyi itu apabila kita memberi tumpuan.
   c. Dapat terus menunjukkan dari mana bunyi itu datang.

15. Kita menghadiri majlis sosial dan di perkenalkan kepada tujuh ke lapan orang tetamu. Keesokan harinya kita:
   a. Dengan mudah dapat menggambarkan semula wajah mereka.
   b. Dapat mengingati beberapa wajah.
   c. Mungkin lebih mudah mengingati nama mereka.

16. Kita mahu pergi bercuti di pinggir desa tetapi pasangan kita mahu bercuti di tepi pantai. Bagi menyakinkan keluarga yang idea kita lebih baik, kita:
   a. Lemah lembut memujuk dengan menyatakan kita suka akan suasana desa. Anak-anak dan keluarga pasti merasa seronok di situ.
   b. Memberitahu mereka yang kita berasa bertuah dapat bercuti di desa dan berasa gembira apabila dapat ke pantai pula pada masa lain.
   c. Gunakan fakta dengan menyatakan bercuti di desa lebih dekat, lebih murah dan lebih teratur bagi aktiviti sukan dan rekreasi.

17. Ketika merancang aktiviti harian, kiata selalunya:
   a. Menyediakan senarai supaya dapat menyemak apa yang perlu di lakukan.
   b. Memikirkan perkara yang perlu di lakuka.
   c. Menggambarkan dalam minda  orang yang kita temui, tempat yang kita lawati dan perkara yang kita lakukan.

18. Rakan kita menghadapi masalah peribadi dan datang bertemu bagi membincangkannya. Kita:
   a. Berasa simpati dan memahami.
   b. Berkata yang masalah selalunya tidaklah seteruk yang disangka dan menerangkan kepadanya alasannya.
   c. Memberikan cadangan ataupun kata nasihat yang rasional dalam menyelesaikan masalah.

19. Dua orang rakan kita yang sudah berkahwin menjalinkan hubungan sulit. Mungkinkah kita dapat mengagak?
   a. Kita dapt menghidunya dari awal.
   b. Kita tahu selepas sedikit masa.
   c. Kita tidak tahu.

20. Kita melihat hidup kita:
   a. Mempunyai kawan dan hidup hermoni bersama orang sekeliling.
   b. Berbuat baik dengan yang lain dan mengekalkan sifat berdikari.
   c. Mencapai matlamat yang berbaloi, di hormati orang lain dan mendapat peghormatan serta pencapaian.

21. Apabila di beri pilihan, kita memilih bekerja:
    a. Dalam kumpulan yang mana ahlinya dapat bekerja dengan kita.
    b. Bersama yang lain tetapi mengekalkan ruang untuk diri sendiri.
    c. Bersendirian.

22. Buku pilihan kita:
    a. Novel dan fiksyen.
    b. Majalah dan akhbar.
    c. Bukan fiksyen dan autobiografi.

23. Apabila membeli-belah, kita:
    a. Selalu membeli secara impulsif terutama yang mempunyai tawaran harga istimewa.
    b. Mempunyai perancangan yang tidak khusus dan membelui mengikut keadaan.
    c. Melihat label dan membandingkan harga.

24. Kita lebih gemar tidur, bangun dan makan:
    a. Pada bila-bila masa yang kita suka.
    b. Mengikut masa khusus tetapi fleksibel.
    c. Hampir pada masa yang sama setiap hari.

25. Kita memerlukan kerja baru dan berjumpa dengan ramai orang dan pekerja baru. Salah seorang daripada mereka menelefon kita di rumah. Kita:
    a. Dengan mudah mengenali suaranya.
    b. Mengenali selepas seketika.
    c. Menghadapi kesukaran mengenali suaranya.

26. Apa yang benar-benar membuatkan kita berasa kecewa apabila bergaduh dengan orang lain?
    a. Sikap berdiam diri mereka ataupun apabila tiada tindak balas.
    b. Apabila mereka tidak dapat menerima pandangan kita.
    c. Komen dan soalan mereka yang bagaikan menyiasat dan mencabar kita.

27. Apakah pandangan anda perihal ujian mengeja dan karangan yang pernahanda lalui:
   a. Anda dapati kedua-duanya agak mudah.
   b. Secara amnya anda Okey dengan salah satu daripadanya tetapi dengan yang satu lagi.
   c. Kedua-duanya agak sukar untuk anda.

28. Apabila menari ataupun mendengar muzik jazz, kita:
   a. Dapat merasai muziknya selepas belajar beberapa langkah.
   b. Dapat membuat sebahagian latihan ataupun menari tetapi selebihnya kita berasa keliru.
   c. Menghadapi masalah mengikut rentak dan irama.

29. Sebaik manakah kita mengenal pasti dan meniru suara binatnag?
   a. Tidak baik.
   b. Okey.
   c. Baik.

30. Pada penghujung hari, selalunya kita lebih gemar:
   a. Berbual dengan rakan dan keluarga perihal hari yang kita lalui.
   b. Mendengar cerita orang lain perihal hari mereka.
   c. Membaca akhbar, menonton televisyen dan diam.

Bagaimana Mengira Markah Ujian Kita

Kira jumlah bilangan jawapan A, B ataupun C. Kemudian gunakan jadual berikut bagi mendapatkan keputusan ujian.



Bagi lelaki                 Bilangan jawapan A    X  10 markah =
                                   Bilangan jawapan B    X    5 markah =
                                   Bilangan jawapan C    X  -5 markah =
                                                                                 Jumlah =

Bagi Perempuan      Bilangan jawapan A    X  15 markah =
                                   Bilangan jawapan B    X   5 markah =
                                   Bilangan jawapan C    X  -5 markah =
                                                                                 Jumlah =




Bagi mana-mana soalan yang semua jawapannya tidak menggambarkan diri kita ataupun kita tiada jawapan untuknya, berikan lima markah.


Menganalisis Keputusan

Kebanyakkan lelaki mendapat markah antara sifar hingga 180 dan kebanyakkan wanita mendapat markah 150 hingga 300. Mereka yang cenderung ke arah fikiran maskulin selalunya mendapat markah kurang daripada 150.Lebih hampir mereka dengan nilai sifa, lebih maskulin fikiran dan lebih tinggi tahap testosteron mereka. Mereka menunjukkan kemahiran logikal, analitikal dan verbal yang tinggi serta lebih berdisplin dan teratur. Lebih hampir mereka kepada markah sifar, lebih cekap mereka dalam menganggar kos dan merancang keputusan daripada data statistik. Mereka juga langsung tidak di pengaruhi emosi. Markah yang berada dalam lingkungan sifar menunjukkan markah maskulin yang tinggi. Markah ini menunjukkan tahap testosteron wujud dengan banyak sejak perkembangan janin lagi. Lebih rendah markah yang dicapai wanita, lebih besar kemungkinan bagi dia menurus ke arah kelakian.

Otak yang lebih feminin mendapat markah melebihi 180. Lebih tinggi markah yang dicapai, lebih feminin otak orang itu dan ia bersifat lebih kreatif, artistik dan mamiliki bakat muzik. Mereka yang memiliki otak feminin membuat keputusan berdasarkan gerak rasa, hati dan lebih cekap mengenal masalah melalui data yang terhad. Mereka juga menyelesaikan masalah dengan kreativiti dan pemahaman mendalam.  Bagi lelaki, lebih tinggi markahnya daripada 180, lebih besar kemungkinan bagi dia menjurus ke arah kewanitaan.

Lelaki yang mendapat markah kurang daripada sifar dan wanita yang mendapat markah lebih daripada 300 memiliki otak yang begitu bertentangan sifatnya. Perkara serupa yang dimiliki mereka hanya sekadar sama-sama tinggal di bumi.

Markah antara 150-180 menunjukkan pemikiran yang dapat di sesuaikan dengan kedua-dua jantina. Mereka ini mampu masuk ke dalam mana-mana kumpulan. Mereka ini tidak cenderung kapada cara tertentu dan selalunya fleksibel dalam pemikiran. Oleh sebab itu, kumpulan ini dapat memberi kelebihan kepada kumpulannya apabila di tugaskan dalam menyelesaikan sebarang masalah. Mereka senang berkawan dengan lelaki mahupun wanita.




Sumber: Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps, 2012, Allan & Barbara Pease, PTS Millennia Sdn Bhd. (Pg. 62-72)

No comments: