Pages

Follow my Twitter

Saturday 16 February 2013

Kebaikan Vitamin-vitamin

Buah-buahan kaya dengan vitamin

1. VITAMIN C


Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilan Vitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh duniaVitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin C

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Keperluan Vitamin C

Vitamin C adalah perlu untuk:
  • Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
  • Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain


Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara. 

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin C.

2. VITAMIN A

Sayur-sayuran penting dalam pertumbuhan tubuh


  • Vitamin A adalah vitamin yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan penglihatan yang baik. Ia boleh dianggap sebagai ‘pelembap’ yang bertindak dari dalam.
  • Vitamin A bertindak mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan membran mukus yang lain daripada mengering.
  • Vitamin A juga sangat bagus untuk melindungi mata daripada kesan kerosakan akibat penuaan. Ia juga menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menggunakan sel-sel yang diperlukan bagi melawan jangkitan.
  • Vitamin A dalam bentuk beta karotena (beta carotene) mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Beta karotena melindungi kulit dan sel-sel badan daripada pencemaran bahan kimia dari persekitaran.


Sumber Vitamin A (beta karotena) boleh didapati dari buah-buahan berwarna oren dan kuning seperti labu, lobak, aprikot, mangga dan betik serta sayuran hijau seperti bayam.
Vitamin A dalam bentuk retinol pula sangat penting untuk kesihatan mata.
Sumber Vitamin A (retinol) boleh didapati dari lemak haiwan seperti kuning telur, minyak ikan, hati, mentega dan krim.

Kebaikan Vitamin A
  • Merawat jangkitan ringan
  • Meningkatkan daya penglihatan terutama pada waktu malam
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kulit kering
Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin A
  • Rabun malam
  • Masalah keradangan kulit seperti kering, kasar dan pecah
  • Mata kering
  • Luka lambat sembuh
  • Sistem saraf rosak
  • Deria merasa, mendengar dan membau kurang berfungsi
  • Masalah perpeluhan (kurang atau tiada langsung peluh)
  • Jangkitan paru-paru
  • Kerosakan hati
  • Gejala selsema seperti sakit kepala, muntah dan demam
  • Penglihatan tidak normal
  • Sembelit
  • Masalah keguguran rambut
  • Hilang selera makan
  • Sakit tulang
  • Susah untuk tidur
  • Kerosakan pada testikel (lelaki)
  • Bilangan sperma berkurangan (lelaki)


Gejala Terlebih Vitamin A
Vitamin A adalah bersifat larut lemak dan akan disimpan dalam badan sekiranya diambil secara berlebihan. Tanda utama terlebih Vitamin A ialah sakit kepala dan diikuti bibir merekah.
Jika mengandung anda perlu mengelakkan dari terlebih makan vitamin A kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.

3. VITAMIN E

Sumber Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis unsur larut lemak yang bersifat antioksidan. Secara semulajadi, makanan vitamin E boleh diperolehi dari kuaci bunga matahari, avokado, brokoli, badam, bayam, lada benggala, betik, kiwi dan banyak lagi. Ia wujud dalam 8 bentuk kimia iaitu alpha-tocopherol, beta- tocopherol, gamma-tocopherol, delta- tocopherol, alpha-tocotrienol, beta- tocotrienol , gamma-tocotrienol dan delta- tocotrienol. Selepas diserap oleh usus, vitamin E akan mengalami proses metabolisma di hati. Bentuk alpha-tocopherol adalah bentuk yang paling mudah digunakan oleh tubuh berbanding bentuk lain yang perlu dipecahkan kepada bentuk alpha- terlebih dahulu.


Fungsi
  • Menghalang pembentukan radikal bebas yang terhasil dari tindakbalas kimia agen pengoksidaan (baca mengenai proses tersebut di sini)
  • Membantu peningkatan sistem imuniti tubuh melawan patogen seperti virus dan bakteria
  • Menguatkan dinding kapilari darah dan mengelakkan penggumpalan sel darah merah
  • Mengawal selia aktiviti enzim
  • Memberi kesan dalam ekspresi gen
  • Memainkan peranan dalam aktiviti neurologi


Kebaikan Vitamin E

  • Meningkatkan imuniti tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu meningkatkan paras kolesterol baik
  • Mengurangkan risiko sesetengah kanser seperti kanser payudara, kanser prostate dan kanser colon
  • Membantu mengurangkan penggumpalan darah (blood clot) yang boleh menyebabkan stroke
  • Mencegah penyakit Alzheimer's dan Parkinson
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
  • Membantu masalah kulit
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Melambatkan penuaan
  • Mencegah Anemia
  • Membantu menangani sindrom pra-haid
  • Membantu masalah arthritis
  • Membantu menstabilkan glukosa dalam tubuh pesakit diabetes
  • Membantu proses pemecahan lemak dalam badan
  • Membantu penghasilan hormon estrogen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang penting dalam prestasi dan tarikan seksual


Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin E
  • Anemia
  • Odema dan radang pada bayi
  • Penuaan pra-matang
  • Ketidaksuburan lelaki
  • Keguguran rambut
  • Masalah penglihatan

4. VITAMIN K

Vitamin K
Vitamin K dikenal sebagai vitamin yang membantu dalam pembentukan pembekuan darah. Vitamin K ini ada 3 jenis yaitu vitamin K1, K2, dan K3. Vitamin K memiliki sifat tahan panas, dan diserap diusus halus dengan bantuan empedu dan cairan pangkreas. Vitamin K3 adalah vitamin K sintetik. Tentu vitamin K3 inilah yang mengakibatkan seseorang bisa mengalami kelebihan vitamin K. Karena vitamin K1 yaitu filokion dihasilkan dari sayuran. Sedangkan vitamin K2 yaitu menakinon dihasilkan dari ikan dan daging. Pada artikel ini akan dibahas tentang akibat kelebihan vitamin K.

Kebaikan Vitamin K

Penyebabnya sangat jelas bahawa pemberian vitamin K3 atau vitamin K sintetik. Asupan suplemen vitamin berlebihan bisa terjadi. Karena kita tidak akan pernah tahu akan akibat kelebihan vitamin K dengan suplemen. Bisa jadi anjuran tepat suplemen untuk konsumsi harian ternyata tubuh menyerapnya secara banyak namun tidak dioptimalkan secara tepat juga. Sehingga anjuran konsumsinya dalam harian malah mengakibatkan overdosis. Sebab kedua adalah karena mengkonsumsi makanan dengan kadar vitamin K paling tinggi secara terus menerus. Walaupun makanan itu sumber alami, namun tetap harus ada variasinya. Dengan artian, variasi makanan itu perlu untuk keseimbangan asupan vitamin anda. Yaitu seperti sumber makanan kacang. Sangat baik untuk dikonsumsi tapi jangan terlalu banyak.

Gejala Terlebih Vitamin K

Gejala kelebihan vitamin K ini perlu diperhatikan. Kalaupun jarang terjadi, biasanya tentu karena asupan suplemen vitamin K ini berlebihan. Gejalanya bisa terjadi seperti, mual, muntah, anemia, diare, dan ruam kulit. Untuk itu jangan sampai mengkonsumsi berlebihan vitamin K dalam bentuk sintetiknya atau suplemennya. Makanan alami pun diharapkan tidak dikonsumsi secara harian adalah teh hijau. Karena kandungan vitamin E-nya mampu mencapai dosis 712 mikrogram/100 gram. Atau setara dengan 300-500 SI vitamin K yang dikandungnya. Sehingga cukup tinggi kadar vitamin K-nya bisa menjadi over dosis jika dikonsumsi.

5. VITAMIN D


Cahaya matahari sumber Vitamin D

Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

Sumber

Vitamin D boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.

Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin D

Tahukah anda jika seseorang itu kekurangan vitamin D ia boleh menyebabkan individu tersebut akan menghadapi sakit seperti:-

  • Rickets- Pada kanak-kanak cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot.

  • Osteomalacia- Pada orang dewasa dimana tulang – tulang kita akan menjadi lembut yang menyebabkan rasa sakit, terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot pada tangan, kaki, dan tekak.



6. VITAMIN B

Vitamin B


Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Gejala kekurangan vitamin B
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress


Sumber
Vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Kebaikan Vitamin B
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.


8 jenis Vitamin B

Terdapat 8 jenis vitamin B yang diperlukan setiap individu & kesemuanya lebih berkesan apabila bertindak bersama. Kesemua 8 jenis vitamin B termasuk biotin bertindak dengan:
Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular
Menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
Membantu dalam sintesi DNA & sel-sel baru

Tiamin (Vitamin B1)
Menolong memelihara kesihatan badan
Membantu dalam tumbesaran yang normal
Membantu badan dalam metabolisme karbohidrat
Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat

Riboflavin (Vitamin B2)
1 faktor untuk memelihara kesihatan badan
Membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan /memetabolismekan protein, lemak & karbohidrat
Jumlah  tambahan riboflavin diperlukan semasa kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian melalui pemakana tidak mencukupi
Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak & karbohidrat

Niasin (Vitamin B3)
Membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
Menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
Diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protein, lemak & karbohidrat

Piridoksin (Vitamin B6)
Membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
Menolong badan dalam metabolismen protein, lemak & karbohidrat

Sianokobalamin (Vitamin B12)
Membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
Membantu dalam pembentukan sel darah merah
Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

Asid Folik
Membantu dalam pembentukan sel darah merah
Membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400 mikrogram sehari
Perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

Biotin
Membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat
Membantu badan dalam metabolisme lemak & karbohidrat

1 comment:

ummu said...

Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Vitamin A